[10 Foto] Cantiknya! Sakura mekar awal di Washington, tiap ceruk jadi port bergambar

CANTIK kan bunga sakura? Selalunya sakura dikait dengan negara Jepun. Tanaman asal daripada Banjaran Himalaya, Bangladesh dan Asia timur seperti China, Jepun serta Korea Selatan.

Kini species Prunus serrulata kini mekar di bandar raya Washington. Musim bunga yang baru bermula 23 Mac pokok sakura menjadi tarikan orang ramai.

Baca: Kafe unik dalam kebun bunga. Sambil belek pokok, layan kopi dan dessert Memang cara!

Perkhidmatan Taman Negara di sana mendokumentasikan puncak mekar sakura dua minggu lebih awal daripada 4 April iaitu tarikh purata punca ia berkembang sejak 1921.

Sakura yang indah berhijrah ke bumi Washington selepas dihadiahkan oleh Jepun pada tahun 1912.

Baca juga: Rupanya ini cara mudah tanam sendiri bunga tulip di rumah. Mesti menjadi punya!

Tidal Basin iaitu kawasan takungan buatan manusia di Washington menjadi tumpuan warganya bergambar dengan kuntuman sakura.

Memetik Washington Post, sudah empat tahun sakura di sana mencapai kemuncak mekar lebih awal iaitu pda bulan Mac. Paling awal pada hari pertama musim bunga pada 20 Mac 2020.

Baca juga: Musim Sakura di Gombak bagai di Jepun, Korea Selatan

Bunga sakura yang berkembang pada enam tahap. Pada tahap awal ia dikenali sebagai putih gebu atau ‘puffy white’ apabila kelopaknya baru terbuka.

Walaupun suhu lebih sejuk daripada biasa untuk bahagian yang lebih baik dalam 10 hari yang lalu, putik bunga mencecah tahap lima dan enam pada pewaris ketiga terawal hangat Februariari dan mula melonjakkan bunga itu melalui empat peringkat pertama mereka dengan cepat.

Iklan

Festival Sakura Kebangsaan tahunan akan berlangsung hingga 16 April tahun ini di sana. Ia meraikan pemberian Jepun pada 1912 iaitu 3,020 pokok ceri kepada bandar Washington.

Dua daripada pokok itu ditanam oleh Wanita Pertama Amerika Syarikat Helen Herron Taft dan Viscountess Chinda, isteri Duta Jepun ke Amerika Syarikat.

Purata hayat pokok ini adalah antara 30 dan 40 tahun. Namun dua pokok yang ditanam oleh Taft dan Chinda serta beberapa pokok yang lain masih berdiri teguh selama 111 tahun.

Iklan

Baca juga: Unik, lepat liat guna bunga chica. Menarik!

Sumber: Washington Post, Quartz

Baca juga: [6 Foto]: Bagaikan permaidani ungu, padang pasir tandus Arab Saudi ditumbuhi lavender jarang berlaku

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi