GELANGGANG tenis ini bukan ‘biasa- biasa,’paling unik dan menarik untuk diketahui.

Jika diteroka di seluruh dunia, ini adalah 10 gelanggang tenis sangat unik dan menarik pembinaannya dan mempunyai ‘wow factor’.

Saiz bagi sebuah gelanggang tenis untuk perseorangan ialah 8.23 meter lebar dan 23.77 meter panjang. Bagi acara beregu pula, saiz gelanggangnya ialah 10.97 meter lebar dan 23.77 meter panjang.

Ayuh kita terokai satu-persatu kompilasi 10 gelanggang tenis paling unik dan luar biasa yang dari seluruh dunia.

Baca juga: Panda bukan lagi spesies terancam, populasi terkini melebihi 18,000

10 gelanggang tenis unik, bukan ‘biasa-biasa', futuristik dan mewah, punyai wow factor

1.Hotel Burj Al Arab di Dubai memiliki gelanggang tenis paling tinggi di dunia. Ia dibina pada tahun 2005 di atas helipad setinggi 211 meter atau 692 kaki. Gelanggang sementara itu dibina menjelang Dubai Duty Free Men’s Open dan bekas juara Wimbledon dimana legenda tenis Andre Agassi dan Roger Federer diundang untuk merasmikannya.

10 gelanggang tenis unik, bukan ‘biasa-biasa', futuristik dan mewah, punyai wow factor

2. Gelanggang tenis Bunabhainneadar di Isle of Harris, Scotland iini adalah salah satu yang paling terpencil di dunia. Ia dibina dengan 2,000 tan batu dari Clisham dengan ketinggian 799 meter atau 2,621 kaki, iaitu gunung tertinggi disitu.

10 gelanggang tenis unik, bukan ‘biasa-biasa', futuristik dan mewah, punyai wow factor

3. Dengan pemandangan laut yang indah, tetamu di Il San Pietro Di Positano, sebuah resort mewah yang dibina di atas tebing di Pantai Amalfi yang menakjubkan di Itali. Tetamu hanya perlu menuruni 384 anak tangga untuk bermain di gelanggang tenis yang menghadap Laut Mediterranean yang cukup mempesonakan ini.

10 gelanggang tenis unik, bukan ‘biasa-biasa', futuristik dan mewah, punyai wow factor

4. Tempah penginapan di Enchantment Resort di Sedona, Arizona, dan korang boleh bermain di tiga gelanggang dengan berlatarbelakangkan batuan merah Boynton Canyon yang jarang ditemui. Pihak hotel ini mendakwa gelanggang sedia untuk permainan tenis secara kasual dan menyediakan khidmat pakar tenis profesional yang akan membantu.

10 gelanggang tenis unik, bukan ‘biasa-biasa', futuristik dan mewah, punyai wow factor

5. Gelanggang di Hotel Pikes Ibiza, Sepanyol ini sungguh unik kerana warna lantainya merah jambu. Hotel yang ditatarias menggunakan konsep eklektik ini mempesonakan. Gelanggang tenis merah jambu hotel itu pernah dilawati selebriti tersohor antaranya George Michael, Freddie Mercury, Idris Elba dan Zoe Ball. Dinding gelanggang ini menampilkan mural yang sangat eksklusif dan terdapat juga arca ‘roller skate’ yang sangat besar.

10 gelanggang tenis unik, bukan ‘biasa-biasa', futuristik dan mewah, punyai wow factor

Iklan

6. Gelanggang tenis jingga seniman Asad Raza membolehkan pengunjung bermain tenis di Chiesa San Paolo Converso di Milan. Karya instalasi diberi nama Untitled (Plot for Dialogue) boleh dikunjungi orang ramai dan dilengkapi dengan semua alatan seperti gelanggang biasa, termasuk raket, jaring. Di tempat duduk penonton, patung batu diletakkan seolah-olah sedang menonton permainan.

10 gelanggang tenis unik, bukan ‘biasa-biasa', futuristik dan mewah, punyai wow factor

7. Bumbung IJburg Tennis Club telah berubah menjadi arena tenis kemerahan. Kelab ini dibina pada tahun 2008 di salah satu daripada enam pulau buatan manusia di timur Amsterdam. Paling menarik ialah rekaan tempat duduk penonton yang unik. Lapisan polimer tebal dari cat merah menjadikan gelanggang yang dinamakan The Couch penuh ciri estetika. The Couch boleh memuatkan sehingga 200 orang dan menghadap ke tasik IJmeer.

10 gelanggang tenis unik, bukan ‘biasa-biasa', futuristik dan mewah, punyai wow factor

8. Kelab persendirian Tennis De La Cavalerie di Paris mempunyai gelanggang di tingkat tujuh. Bangunan kelab yang berkonsepkan ‘art deco’ yang juga merupakan rumah bagi sebuah pengedar kereta sport Aston Martin. Ia terletak di antara Menara Eiffel dan Taman Trocadero. Bahagian silingnya paling unik direka menyerupai sarang lebah. Kos pembinaan dianggarkan USD 2 juta.

10 gelanggang tenis unik, bukan ‘biasa-biasa', futuristik dan mewah, punyai wow factor
9. Sekiranya korang sukakan alam semula jadi, gelanggang tenis di di hutan belantara Afrika ini akan menambat hati. Bagi pengunjung yang menginap di Singita Castleton di Afrika Selatan, mereka berpeluang bermain di gelanggang tenis dan halaman yang tenang dikelilingi hutan ini. Menariknya, korang boleh berenang selepas bermain di kolam bersebelahan.

Iklan

10 gelanggang tenis unik, bukan ‘biasa-biasa,’ futuristik dan mewah, punyai wow factor

10. Emerald Cay Estate di Kepulauan Turks dan Caicosy ini sangat indah. Gelanggang tenis ini mempunyai pemandangan yang menakjubkan dan kelihatan seperti terapung di atas air. Lokasi penginapan menakjubkan yang terletak di kepulauan milik United Kingdom ini dikelilingi keindahan tropika yang menenangkan.

Baca juga: Jumlah vaksinasi makin meningkat, beberapa negara mula buka sempadan

Sumber: Daily Mail