BERSERI-seri kedua-dua pengantin diraja, Pengiran Muda Abdul Mateen dan tunangan, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam dalam Istiadat Berbedak Pengantin Diraja. Lebih istimewa lagi, Sultan Brunei dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, berkenan berangkat bersama Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Majlis gilang-gemilang serta penuh adat istiadat itu berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman menyaksikan Pengiran Muda Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah Adam tampil dalam persalinan tradisional berona merah.

Putera Abdul Mateen berangkat dari Balai Singgahsana Indera Buana dengan penuh adat istiadat terlebih dahulu sebelum majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja diteruskan bagi pengantin diraja perempuan, Dayang Anisha Rosnah dengan urutan adat istiadat yang sama.

Baca  juga: [15 FOTO] Putera Mateen, Dayang Anisha rasmi bertunang, istiadat berlangsung di istana

Baca juga: Lembut je. Sedapnya suara bakal isteri Putera Mateen mengaji

Baca juga: Siapa Dayang Anisha, permaisuri dalam hati Putera Mateen? 10 info menarik, bakal disatukan 11 Januari 2024

 

Baca juga: Anakanda Sultan Brunei, Putera Mateen nikah 7 Januari tahun depan, cucu penasihat diraja jadi pilihan hati

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Baca juga: [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian

Keberangkatan kedua-dua pengantin diraja menjadi tumpuan para hadirin. Rakaman lensa memaparkan kedua-duanya tampak kacak dan manis. Kejelitaan Dayang Anisha terserlah.

Istiadat menculiki bedak diraja didahului oleh baginda Sultan dan baginda Raja Isteri kepada Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

Iklan

Istiadat menculiki bedak diraja turut dilakukan oleh Datin Paduka Seri Hajah Mariam binti Abdul Aziz diikuti ayahanda dan bonda pengantin diraja perempuan, Awang Adam Abdullah dan Dayang Siti Mariam Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Datuk Laila Utama Haji Awang Isa.

Baca juga: Meniti usia remaja, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah makin seiras dengan Azrinaz Mazhar Hakim, kejelitaan terserlah

Baca juga: ‘My Son-shine.’ Seiras wajah Azrinaz Mazhar Hakim, ketampanan Pengiran Muda Abdul Wakeel jadi perhatian

Istiadat menculiki turut disertai ayahanda dan bonda pengantin diraja perempuan.

Kesemua putera-puteri Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menculiki bedak kepada pasangan pengantin.

Iklan

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain termasuk adinda Sultan Muhammad ke-V, Tengku Amalin Aishah Putri dan suami, Pengiran Muda Abdul Qawi.

Sumber: Astro Awani, RTB, Pelita Brunei

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang