USAI sudah istiadat akad nikah diraja. Dengan rasminya anakanda Sultan Brunei dan Yang Di-pertua Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen ibni SultanHassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah rasmi bergelar suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam dengan sekali lafaz.

Ijab dan kabul dilafazkan sekitar jam 2.17 petang hari ini dalam istiadat yang berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien sekali gus menjadikan tarikh 11 Januari 2024 bersamaan 29 Jamadilakhir 1445 detik bersejarah buat baginda dan isteri.

Baca juga: [15 FOTO] Indahnya istiadat berbedak pengantin diraja, Putera Abdul Mateen berseri-seri, kejelitaan Dayang Anisha terserlah

Baca juga: Wedding of the year! Majlis perkahwinan diraja Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah bakal berlangsung 10 hari

Baca  juga: [15 FOTO] Putera Mateen, Dayang Anisha rasmi bertunang, istiadat berlangsung di istana

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei. Turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Pengiran Muda Abdul Malik dan kerabat diraja.

Baca juga: Lembut je. Sedapnya suara bakal isteri Putera Mateen mengaji

Baca juga: Siapa Dayang Anisha, permaisuri dalam hati Putera Mateen? 10 info menarik, bakal disatukan 11 Januari 2024

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.

Baca juga: Anakanda Sultan Brunei, Putera Mateen nikah 7 Januari tahun depan, cucu penasihat diraja jadi pilihan hati

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Baca juga: [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian

Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan adat Istiadat Diraja Brunei.

Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna.

Iklan

Istiadat diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Sebelum itu, Awang Adam Abdullah iaitu ayah pengantin diraja perempuan, meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak seribu ringgit (Brunei) tunai.

Baca juga: Meniti usia remaja, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah makin seiras dengan Azrinaz Mazhar Hakim, kejelitaan terserlah

Baca juga: ‘My Son-shine.’ Seiras wajah Azrinaz Mazhar Hakim, ketampanan Pengiran Muda Abdul Wakeel jadi perhatian

Istiadat tersebut menyusul selepas Majlis Istiadat Menghantar dan Menerima Tanda Diraja serta Pertunangan Diraja yang berlangsung pada 9 Januari lalu.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Iklan

Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan manakala Majlis Persantapan Diraja dijadual pada 15 Januari.

Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Sumber: Astro Awani, RTB

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang