25 tahun berumah tangga, isteri mengaku tak tahu pekerjaan suami yang mengakibatkan 12 orang hilang nyawa
25 tahun berumah tangga, isteri mengaku tak tahu pekerjaan suami yang mengakibatkan 12 orang hilang nyawa
ISTERI adalah insan yang paling rapat dengan suami. Sering disebut suami sebenarnya tidak mampu merahsiakan sesuatu daripada isteri kerana kaum wanita seumpama mempunyai deria keenam yang mampu mengesan yang tersembunyi.
Namun isteri kepada seorang lelaki di Indonesia, bernama Seneh, 49, ini tidak menyangka suaminya melakukan pekerjaan yang tidak baik iaitu memperdaya dan menipu orang kononnya mampu menggandakan wang.
Tindakan sadis Slamet Tohari atau Mbah Slamet, 45, bomoh palsu di Banjarnegara, Jawa Tengah yang mendakwa boleh menggandakan wang hingga meragut nyawa 12 mangsa.
Sungguhpun Seneh tidak tahu kerja suaminya, lelaki itu didakwa Seneh sering bertingkah ganas dengan memukulnya. Dia yang memiliki dua orang cahaya mata berusia 14 dan 24 tahun mengaku tidak berani keluar rumah selepas jenayah suaminya terbongkar.
Baca juga: 7 jam nikah, pengantin lelaki maut dibunuh, pelaku rupanya suami pengantin perempuan
Dalam temu bual bersama media Seneh memberitahu di depan rumahnya terdapat sebuah bangunan kecil berukuran 2 x 3 meter.
Segala urusan Slamet dilakukan di situ menyebabkan dia tidak mengetahui apa-apa mengenainya.
Bagunan itulah yang sering digunakan Mbah Slamet untuk melakukan ritual bersama mangsanya.
Sejak kes pembunuhan berantai yang dipercayai berkaitan dengan perbuatan menggandakan wang terbongkar, rumah lelaki itu dikawal anggota organisasi kemasyarakatan. Malah jalan ke rumah lelaki itu ditutup dengan halangan kayu. Hal tersebut intuk menghalang warga setempat ke rumah yang menjadi lokasi pembuhuhan tragis itu.
Berikut s0 fakta kes pembunuhan bersiri yang sedang hangat diperkatakan di negara jiran:
1-Mbah Slamet dikatakan mula melakukan perbuatan itu sejak tahun 2020.
2-Beliau mendakwa mampu menggandakan wang sehingga 5 bilion rupiah (kira-kira RM1,472,838.66) secara bertahap.
3-Bagaimanapun siasatan mendapati wang yang korban berikan digunakannya untuk membayar hutang peribadi.
4-Tembelangnya pecah apabila anak salah seorang mangsa iaitu GE membuat laporan polis pada 27 Mac 2023.
5-Dalam laporannya, GE mengatakan bapanya, PO dijemput bertemu seseorang dari Desa Balun, Daerah Wanayasa, Banjarnegara, pada Julai 2022.
6-Pada 20 Mac 2023, PO kembali ke Banjarnegara sendirian menemui Mbah Slamet. PO sempat meminta anaknya berjaga-jaga jika tidak ada berita daripadanya hingga 26 Mac.
7-Pesanan itu dihantar kepada salah seorang anaknya menyatakan lokasi. PO turut menyatakan dia mengantuk selepas meminum sesuatu.
8-Bagaimanapun, telefon bimbit PO tidak dapat dihubungi sejak 24 Mac. GE melaporkan perkara itu kepada Polis Banjarnegara.
9-Selepas siasatan yang dijalankan pihak berkuasa, jasad PO ditemukan dalam keadaan menyayat hati. Jasadnya tertimbus di dalam sebuah lubang menuju hutan Wanayasa pada 1 April.
10-Berdasarkan hasil siasatan, Ketua AKBP Polis Banjarnegara, Hendri Yulianto memaklumkan berkata, kes pembunuhan terancang itu bermula daripada persetujuan menggandakan wang antara Mbah Slamet dan PO.
11-Difahamkan suspek itu mempunyai orang kanan yang dinamakan sebagai BS yang melakukan promosi.
12-Setahun lalu, BS dilaporkan pernah memuat naik hantaran di Facebook mengatakan Mbah Slamet mampu melipat gandakan wang.
13-Menurutnya, PO berminat untuk menggandakan wang selepas membaca hantaran itu maka BS membawanya berjumpa Mbah Slamet.
14-Sejak pertemuan itu, PO telah memberikan sedikit duit kepada Mbah Slamet, tetapi penggandaan wang itu tidak membuahkan hasil.
15-Selepas itu, mangsa berulang kali menagih wang daripada suspek. Kesal dengan keadaan itu, Mbah Slamet memberi PO minuman bercampur kalium sianida sehingga meninggal dunia sebelum dikambu di dalam lubang berhampiran hutan.
16-Susulan penemuan itu, pihak polis turut menemui 11 lagi jasad mangsa tertanam di lokasi yang sama tetapi dalam lima lubang berbeza.
Baca juga: Wanita dibunuh kejam, mayat mangsa diikat dan dicampakkan dalam kolong. Ini kronologi kes mengerikan
17-Sembilan mayat dikenalpasti terdiri daripada enam lelaki dalam lingkungan usia 40-an hingga 50-an manakala tiga wanita berumur 25 dan 35 tahun.
18-Selain jengkel apabila terus ditagih, suspek juga takut mangsa melaporkan perbuatannya kepada pihak penguatkuasa. Oleh itu dia mengambil langkah meracuni mereka.
19-Sehubungan kes ini, ketua polis berkata kedua-dua suspek iaitu Mbah Slamet dan BS didakwa mengikut Perkara 340 Kanun Jenayah berhubung pembunuhan terancang. Mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau untuk tempoh masa tertentu, maksimum 20 tahun.
20-Mbah Slamet dilaporkan mempunyai rekod lampau berkaitan pemalsuan wang. Dia pernah ditangkap dua kali.
Justeru jadikan ini pengajaran buat kita semua agar jangan lekas percaya untuk cepat kaya raya dengan sekelip mata. Walhal itu semua hanyalah umpan bagi memperdaya untuk mengambil wang daripada mangsa.
Semoga insiden sebegitu memberi pengajaran buat kita semua termasuklah supaya tidak mudah terpengaruh.
Kredit foto: Unsplash, CNN Indonesia
Sumber: CNN Indonesia, Tribunnews
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang