7 jam nikah, pengantin lelaki maut dibunuh, pelaku rupanya suami pengantin perempuan

A
A
A

7 jam nikah, pengantin lelaki maut dibunuh, pelakunya suami pengantin perempuan

HANYA sempat bergelar suami selama tujuh jam, seorang lelaki maut dibunuh. Namun apa yang menghairankan, pelaku tersebut  adalah suami kepada pengantin perempuan.

Kejadian yang berlaku di Samarinda Ulu, Kalimantan Timur, Indonesia menjadi mimpi ngeri kepada para penduduk apabila mengetahui raja sehari berusia 37 tahun itu tidak lagi bernyawa selepas beberapa jam menikahi wanita pilihan hati, RW.

Mangsa disebut sebagai SR dibunuh oleh lelaki berusia 44 yang dinamakan SN yang juga suami kepada wanita itu.

Baca juga: Lebih 10 jam wanita ditanam hidup-hidup dalam kubur, ini rupa-rupanya yang berlaku. Memang mengejutkan…

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Lapor Kompas, kejadian itu berlaku apabila SN yang sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah isterinya berkunjung ke sana untuk meminta wang yang dikumpul bersama. Difahamkan sebelum ini SN pernah menghubungi RW tetapi gagal.

Pelaku turut serta dalam mengumpul wang bersama bernilai 6 juta rupiah (RM1765.78) dengan bayaran bulanan sebanyak 300,000 rupiah (RM88.29).

Namun, setibanya di rumah si isteri, pelaku terkejut melihat seorang lelaki di dalam bilik isterinya.

SN tidak mengetahui mangsa adalah suami baharu wanita itu yang baru dikahwini Pertengkaran berlaku sehingga akhirnya mangsa ditikam. Kapolresta Samarinda, Kombes Ary Fadli berkata pelaku menikam perut mangsa sebelum mangsa berlari ke arah kebun berhampiran.

Baca juga: 19 tahun diburu polis penjenayah akhirnya ditahan, pistol dan peluru dirampas, berikut kronologi kejadian

Kredit foto: Detik.com

Mangsa yang cuba melarikan diri terjatuh dan ditikam mangsa bertubi-tubi sehingga tidak bernyawa. Jasadnya hanya ditemui penduduk pada pagi keesokannya. SR ditemui dalam keadaan mengerikan dengan 11 tikaman pada perut, dada, paha dan belakang badan.

Hasil daripada pemeriksaan mendapati pelaku mengaku hubungan dengan isterinya tidak lagi harmohi bahkan berniat untuk bercerai. SN tidak mengetahui isterinya berkahwin lagi dengan mangsa kerana sudah tiga bulan tidak pulang disebabkan bekerja.

Ary berkata daripada keterangan kepada pihak polis, SN dan RW rupanya masih berstatus suami istri.

Baca juga: Kahwin 34 tahun tak sah kena nikah semula, jangan main-main bab wali

Kredit foto: Kompas

"Pelaku menyangka mangsa adalah lelaki sedang menjalin hubungan sulit dengan isterinya. Padahal malam itu RW dan mangsa baru bernikah pada pukul 8.00 malam," kata Ary.

Akibat perbuatannya itu, pelaku didakwa di bawah Perkara 338 Kanun Jenayah dengan hukuman penjara 15 tahun.

WANITA ISLAM TIDAK BOLEH BERKAHWIN DENGAN DUA LELAKI DALAM MASA SAMA

Mudah! Sistem pendaftaran perkahwinan kini boleh dibuat secara online

Dalam Islam, seorang wanita tidak dibenarkan berkahwin dengan dua lelaki serentak. berikut info perlu anda tahu berkenaan iddah dan bagaimana untuk berkahwin semula sesudah bercerai:

1-Bagi wanita berstatus janda, seorang wanita perlu menjalani iddah selama tiga kali haid atau tiga bulan bagi yang tiada haid sebelum berkahwin lagi. Bagi balu, tempoh iddah ialah empat bulan sepuluh hari.

2-Jika wanita itu adalah seorang janda, beliau tidak boleh berkahwin semula sebelum tamat tempoh iddahnya kecuali dengan lelaki menceraikannya.

3-Wanita tidak boleh berkahwin melainkan ia telah mengemukakan dokumen berikut:

(i)suatu surat perakuan cerai yang sah dikeluarkan di bawah undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa; atau

(ii)suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang berkaitan dengan perceraiannya dalam Daftar Perceraian yang berkenaan; atau

(iii)suatu perakuan yang dipohon daripada Hakim Syarie di tempat di mana permohonan itu dibuat, yang mengesahkan bahawa beliau adalah seorang janda.

(iv)jika perceraian itu adalah dengan bain kubra iaitu talak tiga, wanita itu tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu melainkan telah berkahwin dengan sah lain dan telah disetubuhi dalam perkahwinan itu. Ia haruslah dibubarkan dengan sah dan hanya boleh berkahwin semula setelah habis iddahnya.

4-Jika perempuan itu adalah seorang balu, beliau tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh iddahnya;

5-Wanita balu tidak boleh berkahwin sebelum mengemukakan surat perakuan kematian suami atau dengan cara lain membuktikan kematian suaminya.

6- Jika wanita telah dihukum cerai atau fasakh oleh mahkamah dan perkara itu telah dibawa ke Mahkamah Rayuan, wanita itu tidak boleh bernikah dengan mana-mana lelaki sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Baca juga: Nikah 30 tahun terpaksa bubar sebelum tunai umrah, gara-gara ‘rahsia’ disembunyikan orang tua

Sumber: Kompas, Tribunnews, esyariah.gov.my, islam.gov.my

Kredit foto utama: Freepik, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang