IKEA sudah menjadi satu jenama yang sinonim dengan perabot kediaman dan perkakas rumah.

Biarpun gah, namun itu bukan bermakna mereka tidak mengalami sebarang masalah.

Baru-baru ini, Ikea United Kingdom (UK) yang terletak di Tottenham, Edmonton, utara London dipercayai bakal menutup operasi mereka.

 

Baca juga: Ini baru betul bertimbang rasa Qatar umum waktu kerja 5 jam sehari sepanjang Ramadan

Baca juga: Misteri bayi hilang dikatakan dilarikan makhluk halus tapi rupa-rupanya

 

Berita tersebut pastinya menjadi sesuatu yang mengejutkan apabila 450 kakitangan bakal berdepan dengan kehilangan kerja.

Memetik laporan mirror.co.uk, pihak Ikea bagaimanapun akan berusaha untuk memastikan kebajikan pekerja kekal terpelihara dan tidak diberhentikan.

Meskipun belum mempunyai tarikh sebenarnya penutupan, satu rundingan juga akan berlangsung antara pengurusan dan pekerja bagi membincangkan isu.

Ikea berusaha untuk mengekalkan seramai mungkin pekerja mereka dengan cara mewujudkan kira-kira 600 kekosongan di cawangan utama. Pekerja yang terjejas teruk akan diberi keutamaan.

Menurut Pengurus Runcit dan Ketua Operasi Ikea UK dan Ireland, Peter Jelkeby, menjaga kebajikan pekerja merupakan keutamaan.

“Keputusan penutupan Tottenham tidak dipandang ringan, tetapi kami percaya ia adalah perkara yang betul dilakukan untuk pelanggan dan perniagaan sambil kami mengukuhkan kedudukan bagi masa depan.

“Kami akan melakukan segala yang termampu untuk menyokong rakan sekerja yang terjejas dan mengharapkan seramai mungkin akan meneruskan perjalanan kerjaya mereka bersama Ikea,” katanya.

Iklan

Selain di Tottenham, beberapa cawangan Ikea lain masih terus beroperasi seperti di Croydon, Greenwich, Hemmersmith, Lakeside dan Wembley.

Penutupan itu turut dikatakan sebahagian daripada pelan transformasi pengurusan Ikea di UK sejumlah £1 bilion (RM5.5bilion).

Pada masa sama, khalayak tidak menolak penutupan tersebut disebabkan pengaruh pembelian dalam talian yang terlalu tinggi sehingga mengakibatkan kehilangan ‘fungsi’ kedai fizikal.

Persoalannya, adakah negara-negara lain bakal menyusul kelak? Bagaimana pula dengan Malaysia?

Iklan

Setakat yang admin perhati, sama ada Ikea di Cheras atau Damansara, kunjungan orang ramai tidak pernah putus, apatah lagi pada hujung minggu. Memang meriah!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI