5 singa zoo Singapura positif Covid-19, alami simptom batuk, bersin

A
A
A

TIDAK hanya manusia, haiwan juga tidak terkecuali dijangkiti virus Covid-19.

Sebanyak lima ekor singa di Night Safari dan Zoo Singapura disahkan menghidap Covid-19 selepas dijangkiti virus berkenaan daripada tiga kakitangan.

Baca juga: Baca juga: Kontraktor Salah Sambung Paip, 28 Tahun Kakitangan Hospital Tak Sedar Guna Air Kotor Dari Tandas

Awalnya, hanya empat ekor singa Asia di Night Safari disahkan positif pada Selasa selepas dikesan mempunyai simptom termasuk batuk dan bersin.

Dalam perkembangan terbaru, seekor lagi singa dari spesies Afrika dari Zoo Singapura disahkan positif selepas ujian tindak balas berantai polimerase (PCR) ke atas sampel najis dilakukan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak pengurusan zoo telah bertindak mengasingkan singa di kedua-dua lokasi berkenaan kepada dua kumpulan.

Selain empat yang dijangkiti, Mandai Wildlife Group turut memiliki lima lagi singa Asia.

Manakala bagi spesies singa Afrika pula keseluruhan lima ekor termasuk seekor yang sedang dikuarantin.

Menurut jurucakap zoo, setakat ini singa-singa berkenaan berada dalam keadaan aktif, cergas dan stabil.

"Walaupun menjangkakan singa-singa berkenaan akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi, pemantauan terhadap tahap kesihatan mereka dilakukan dengan teliti.

“Kami telah menambah vitamin C ke dalam diet mereka tetapi tidak perlu memberi ubat lain," katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Kesihatan Haiwan memberitahu pihak zoo risiko penularan daripada haiwan kepada manusia sangat rendah.

Mandai Wildlife Group bertindak menutup sementara ruang kandang singa agar haiwan berkenaan dapat berehat.

Dalam pada itu, jurucakap zoo turut memaklumkan tiga kakitangan terbabit semakin pulih daripada Covid19,

Bagaimanapun tidak dinyatakan jumlah kes yang disahkan dalam kalangan kakitangan atau ia adalah kluster tempat kerja.

Terdahulu, pelbagai spesies haiwan dijangkiti dengan virus berkenaan. Zoo Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan singa, harimau dan gorila diuji positif.

Malah kucing serta anjing peliharaan juga turut dijangkiti.

Baca juga: 26 Tahun Hidupkan Watak Utama Siri Doraemon, Pengisi Suara Nobita Meninggal Dunia

Baca juga: Budak Lemas Depan Mata, Gagal Kesan Mak Ayah. Perkongsian Pemuda Kongsi Buka Mata Ramai

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: The Straits Times

Foto: Mandai Wildlife Group

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang