MALANG tidak berbau, seorang wanita mengalami pengalaman ngeri apabila sebahagian paha kanannya terpaksa dipotong akibat luka jangkitan yang teruk hanya disebabkan oleh mata kail.

Michelle Milton, 36, telah menjalani 55 pembedahan dan keadaan kini masih belum pulih kerana lukanya sentiasa mengeluarkan nanah.

Pengalaman pahit Michelle itu bermula semasa pergi memancing bersama abangnya, Martyn Milton, 41, apabila seutas mata kail tersangkut di kakinya selepas tergelincir.

Insiden itu berlaku pada Ogos 2019, mangsa tidak menyangka ‘benda’ yang menembusi paha kanannya itu akan memberi kesengsaraan sehingga sekarang.

Empat hari kemudian, dia dikejarkan ke Hospital Universiti Basildon di Essex kerana kakinya membengkak dan mengalami demam panas.

Doktor berusaha yang terbaik untuk menghentikan jangkitan dengan memberikan antibiotik namun badan Michelle tidak dapat menerima dan akhirnya mereka terpaksa memotong sebahagian pahanya.

Baca juga: ‘Beautiful like mama.’ Wardina Safiyyah terharu resepsi anak meriah macam reunion, keluarga dari Acheh & Australia berkumpul

Baca juga:‘Rezeki orang baik.’ Terharu terima hadiah Ford Ranger Raptor, luahan hati Achey buat warga maya tersentuh

“Orang tidak tahu apa yang berlaku. Kesakitan bertambah dan jangkitan terus merebak ke seluruh kaki saya.

“Setiap masa, saya dalam kesakitan. Saya merindui keluarga dan anak-anak. Doktor tidak tahu apa yang berlaku. Mereka terus membuang sikit demi sikit paha dan hanya memberikan antibiotik,” ujarnya.

Selama lima tahun, Michelle menjalani empat cantuman kulit, 30 cucian, dan 21 pembuangan tisu rosak.

Iklan

Bagaimanapun, jangkitan itu masih tidak berjaya dimatikan.

Michelle meluahkan kekecewaan dan merayu supaya doktor memotong kaki, bukan hanya membuang bahagian jangkitan di paha.

”Saya mahu kaki itu dipotong. Doktor terus menyatakan, mereka tidak akan melakukannya.

“Saya letih secara mental dan fizikal. Kaki ini mempunyai nanah yang sentiasa keluar dari badan,” katanya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!