Ambil masa 30 tahun 'bina' sendiri hutan tropika di belakang rumah. Usaha saintis ini bikin ramai ternganga

A
A
A

UMUM sedia maklum hampir di kebanyakan tempat di seluruh Asia dan beberapa negara di benua lain kini berdepan dengan cuaca panas.

Duduk di dalam rumah pun terasa bahangnya. Apa lagi jika berada di luar. Memang panas lit-lit.

Tak tahu nak lari ke mana dah. Pasang aircond pun kadang-kadang tetap berpeluh.

Keadaan itu bagaimanapun tidak dirasai oleh seorang saintis dari Sheffield, Yorkshire, United Kingdom.

hutan

Ketika negara itu mengalami musim panas hingga suhu mencecah 30 darjah Celsius, Dr Simon Olpin boleh memilih untuk menghabiskan waktu lapangnya di dalam hutan di belakang rumahnya.

Kedengaran aneh, namun ia benar-benar satu realiti.

Baca juga:Rumah terasa bahang membara? Ini langkah paling senang buatkan rumah lebih sejuk dan selesa

Baca juga: Bersantai di rumah atas pokok, Desa Tunas Hijau tawar penginapan premium buat ramai puas hati

Lapor The Mirror, perunding biokimia klinikal itu memperuntukkan masa lebih 30 tahun untuk mentransformasi bahagian belakang kediamannya menjadi sebuah hutan.

Dr Olpin sangat menyukai persekitaran yang dikelilingi alam semula jadi.

Hutan

Namun, tidak berpeluang untuk mengunjungi mana-mana hutan sebenar kerana mempunyai masalah fobia menaiki kapal terbang.

TAMAN POKOK EKSOTIK

Tidak menjadikan ketakutannya sebagai penghalang, beliau mula menanam pokok pertama ketika berpindah ke bandar itu dari Cambridge pada tahun 1987.

Bermula dari detik itu, syurga tropika ciptaannya di atas tanah seluas kira-kira 743 meter persegi tersebut telah mempunyai lebih 100 spesies pokok!

Antaranya termasuk 25 spesies buluh, tiga palma, empat kayu putih dan pokok-pokok renek serta tumbuhan lain.

“Seronok berada di taman ketika hari panas kerana ia menenangkan, hangat dan seakan berada di kawasan tropika.

“Berbeza dengan cuaca yang panas terik di bawah matahari yang membuatkan rasa tidak tertanggung,” katanya.

Lelaki itu menambah, kecintaan beliau terhadap haiwan dan tumbuhan eksotik muncul selepas berkunjung ke The Lost Gardens of Heligan di Cornwall, England.

“Sejak kecil, saya sangat menyukai haiwan terutamanya dari jenis yang merayap dan merangkak.

“Apabila kami berpindah ke Sheffield, saya mengembangkan minat terhadap tumbuhan eksotik dan mula memiliki sebuah taman kecil,” kata bapa kepada tiga orang cahaya mata tersebut.

Ujarnya, setelah lebih 35 tahun, beliau berjaya ‘membawa’ hutan seolah-olah di kawasan Bhutan di Himalaya dan Asia Tenggara ke taman rumahnya.

 

Di kawasan belantara itu, beliau turut membina laluan berliku kecil.

Ia boleh digunakan untuk sampai ke sebuah pondok beratap jerami di atas dua batang pokok kayu putih setinggi 25 meter dan telah pun berusia 32 tahun.

HIDUP GEMBIRA

Kepada The Mirror, Dr Olpin turut berkongsi kegembiraan keluarganya yang dapat membesar dalam suasana penuh ‘adventure’ tersebut.

"Kebanyakan pokok tinggi di taman tersebut lebih berusia berbanding ketiga-tiga orang anak saya iaitu Jay, Lily dan Holly.

"Pokok-pokok tersebut telah menyaksikan anak-anak saya membesar. Malah, ia lebih tua daripada anak-anak saya,” katanya.

Walaupun sudah tidak mampu mengira berapa banyak masa dan wang sudah dilaburkan untuk menyempurnakan projek tersebut, Dr Olpin berkata, tugasnya kini untuk memastikan ia bersih dan terpelihara.

Hutan

Apa yang dilakukan Dr Olpin memang luar biasa.

Kesungguhan dan kecintaannya terhadap alam semula jadi berjaya merealisasikan impiannya untuk memiliki hutan sendiri.

Diharapkan kita juga mempunyai semangat sepertinya.

Sumber: The Mirror.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang