SEORANG lelaki nekad minum racun tikus gara-gara buntu untuk mencari wang untuk membiayai majlis perkahwinan keduanya, lapor News Detik.

Itu yang berlaku ke atas Andri Budi Santoso, 46, yang ditemui meninggal dunia berdekatan kubur arwah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Desa, Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini.

Anak kepada mangsa, Bima Santoso, 18, berkata, arwah bapanya terlalu memikirkan kos perkahwinan kali keduanya yang bakal diadakan pada 3 Julai depan sehingga bertindak membunuh diri.

Baca juga Beza usia 62 tahun, lelaki 90 tahun kahwini bekas kakak ipar 28 tahun

Cerita Bima, bapa beliau telah menjalinkan hubungan dengan seorang janda dari Dusun Losari, Desa Sidoharjo setelah kematian ibunya disebabkan jangkitan Covid-19.

Pada asalnya lelaki berkenaan memikirkan beliau sudah cukup wang untuk menikahi wanita idamannya.

Malangnya, bakal isterinya meminta wang RM5,000 untuk majlis pernikahan mereka.

Walaupun keluarga telah memberi nasihat untuk mengadakan majlis kecil-kecilan sahaja, Ardri dikatakan masih berdegil.

TIADA WASIAT

Berdasarkan kehidupannya selepas pemergiaan isteri, lelaki berkenaan tinggal bersama tiga orang anaknya yang masih bersekolah.

Bima memberitahu media, kali terakhir bertemu bapanya kira-kira jam 2.30 petang pada waktu kejadian.

“Ketika itu ayah baru lepas bertemu kekasihnya kemudian keluar semula selepas menukar pakaian.

“Ayah juga tidak memberitahu pergi kemana. Namun, sejak petang saya sudah berasa tidak sedap hati,” katanya.

Baca juga Kahwin 34 tahun tak sah kena nikah semula, jangan main-main bab wali

Bagaimanapun, perasaan itu terjawab setelah mendapat perkhabaran kematian ayahnya.

Mayat Andri ditemui oleh penjaga tanah kubur, Bambang Utomo, 52, sekitar jam 5.30 petang.

Iklan

Dalam pada itu, menurut Bambang, ketika berada di kawasan berkenaan, beliau ternampak individu yang masih mengadakan kunjungan walaupun sudah lewat petang.

“Ketika itu mangsa sedang dalam keadaan duduk, saya pula cuba memberanikan diri memberi salam tetapi tidak berjawab.

“Apabila tiada maklum balas, saya memeriksa denyutan nadi, namuan malangnya dia sudah tiada. Tangannya sejuk dan mulutnya berdarah,” ujarnya sambil menambah turut menemui sisa racun serangga dan racun tikus serta gunting yang dipercayai untuk membuka paket racun itu.

Malah, terdapat juga muntah mangsa yang bercampur dengan darah.

“Kemudian, saya memaklumkan kepada keluarga mangsa dan ketua Dusun Gedeg. Manakala, penduduk lain memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis,” jelasnya.

Iklan

Andri juga tidak meninggalkan sebarang wasiat sebelum membunuh diri.

Bagaimanapun, mangsa telah mengarahkan para pekerja untuk menuntut gaji seterusnya daripada anaknya, Bima.

Arwah mempunyai dua kilang kasut masing-masing di Losari dan Gedeng.

Perusahaan itu nanti bakal diambil oleh Bima.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan