Content creator menangis di 'live' tiada lagi 'beg kuning' di TikTok Indonesia
Content creator menangis di 'live' tiada lagi 'beg kuning' di TikTok Indonesia
BEG kuning di platform perkongsian video TikTok Indonesia secara dengan rasminya ditutup kelmarin buat ramai penjual online sedih.
Mana tidaknya perkhidmatan beli-belah dalam talian itu memang menjadi trend dan pilihan masa kini termasuklah di negara ini.
TikTok menyatakan pihaknya secara rasmi menamatkan perkhidmatan beli-belah online di Indonesia bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah untuk melindungi perniagaan tempatan, lapor agensi berita United Press International.
"Keutamaan kami adalah untuk kekal mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.
"Justeru, kami tidak lagi membenarkan proses transaksi e-Dagang di TikTok Shop Indonesia dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa pada masa akan datang," kata TikTok dalam satu kenyataan.
Indonesia ialah negara pertama yang merintis perkhidmatan e-dagang aplikasi pada tahun 2021 dan menjadi salah satu pasaran terbesar untuk TikTok Shop.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan mengumumkan bahawa negara itu akan melaksanakan peraturan baharu yang membenarkan media sosial digunakan hanya untuk memudahkan promosi dan bukan untuk melakukan transaksi.
"Kini, e-dagang tidak boleh menjadi media sosial. Ia perlu dipisahkan," ujarnya.
Ujarnya, platform media sosial mempunyai masa seminggu untuk mematuhi peraturan baharu atau berisiko kehilangan lesen untuk beroperasi di negara itu.
Pengumuman itu dibuat selepas kenyataan Presiden Indonesia, Joko Widodo bulan lalu menyatakan keperluan berhati-hati dengan e-dagang.
Ujarnya ia boleh menjadi sangat baik jika ada peraturan tetapi boleh menjadi buruk jika tiada sebarang peraturan.
Baca juga Trend pelik TikTok, ketuk muka guna objek tumpul untuk kelihatan cantik…
"Keutamaan kami adalah untuk terus mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.
"Oleh itu, kami tidak lagi akan kemudahan transaksi e-dagang di TikTok Shop Indonesia," kata TikTok dalam kenyataannya.
Peruncitan dalam talian di Indonesia telah melonjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Nilai jualan e-dagang akan meningkat lebih enam kali ganda antara 2018 dan tahun depan untuk mencecah 689 trilion rupiah Indonesia (AS$44 bilion) menurut bank pusat negara ini.
TikTok Shop telah mengembangkan bahagian pasarannya sejak dilancarkan dua tahun lalu ke dalam pasaran beli-belah dalam talian Indonesia, yang didominasi oleh platform seperti Tokopedia, Shopee dan Lazada.
Platform itu kini mempunyai 113 juta pengguna di Indonesia, menjadikan negara tersebut sebagai pasaran terbesar kedua TikTok di belakang Amerika Syarikat yang memiliki 116.5 juta pengguna. - Agensi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang