SEORANG wanita, Fran Starkey tanpa rasa takut atau segan-silu sanggup memalsukan ‘berita perkahwinan’ demi mendapatkan potongan harga ketika bercuti di Venice, Itali.

Bermodalkan cincin bernilai £3 (RM17), Starkey mengakui dirinya diberikan minuman, makanan dan snek secara percuma.

Beliau yang berkongsikan perkara tersebut menerusi sebuah video di TikTok turut mengatakan, beberapa individu tidak dikenali meraikan berita ‘perkahwinan palsu’ itu dengan cara membiayai segala makanan dan minumannya di sebuah kelab malam.

 

Baca juga: Pengawal lalu lintas jadi hero selamatkan kanak-kanak walau hampir terkorban dilanggar pemandu cuai ini kronologi kes 

Baca juga: Seekor ayam ditahan selepas terlepas masuk ke kawasan larangan Pentagon, AS benarkah ayam itu pengintip

 

“Menyambut keseronokkan perkahwinan palsu di Venice hanya untuk mendapatkan harga yang murah.

“Bakal pengantin wanita dapat menaiki gondola dengan potongan harga,” tulisnya di media sosial itu.

Video tersebut telah menarik perhatian lebih 300,000 tontonan dan perkongsian.

Beberapa pengguna lain turut berkongsikan tip mereka untuk mendapatkan potongan harga pada setiap kali bercuti.

Iklan

Seorang pengguna TikTok berkata: “Saya akan memberitahu bahawa kami sedang maraikan ulang tahun perkahwinan. Cara itu dapat berjaya membuatkan saya meningkatkan kedudukan bilik.

“Sesekali saya turut melakukan hal yang sama untuk mendapatkan minuman percuma di hotel.

Hmmm…Admin tak pastilah dengan cara sebegitu merupakan satu pendekatan yang okey atau tidak?

Rasanya, tak perlulah kan sampai nak menipu sampai macam itu sekali samata-mata nak dapatkan diskaun. Betul tak? Pelik-pelik orang zaman sekarang ini.

Iklan

Sumber Mirror.co.uk

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram