3 tahun menyulam cinta, Luna Maya & Maxime Bouttier sah suami isteri

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat aktres jelita seberang, Luna Maya, 42, yang kini bergelar isteri kepada pelakon Maxime Bouttier, 32, pada petang Rabu.

Dalam majlis yang diadakan di Bali itu, Luna atau nama sebenarnya Luna Maya Sugeng telah selamat dinikahkan dengan berwalikan abang kandungnya.

Majlis akad nikah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Diijab kabul oleh Ketua Pejabat Ehwal Agama Sukawati, Adi Wijaya, Maxime menyerahkan 7.5 gram emas dan ASD$2,025.

Mempelai bergambar kenangan bersama Raffi Ahmad dan isterinya, Nagita Slavina
Mempelai bergambar kenangan bersama Raffi Ahmad dan isterinya, Nagita Slavina

Pernikahan dua selebriti rupawan itu menyaksikan selebriti Irwan Daniel Mussry dan Raffi Ahmad sebagai saksi bagi kedua belah pihak.

Aktres kacukan Austria, India dan Jawa itu memilih tema outdoor untuk majlisnya menggayakan pakaian perkahwinan tradisional Yogyakarta.

No Image Caption

Luna Maya yang memakai kebaya putih labuh sementara Maxime beskap iaitu pakaian tradisional lelaki Jawa berona hitam.

Artikel Berkaitan:

Majlis perkahwinan Luna Maya dan Maxime dihadiri beberapa selebriti termasuklah Nagita Slavina, Ivan Gunawan, Maia Estianty, Irwan Mussry, Cinta Laura, Arya Vasco, Asri Welas, Daniel Mananta, Reza Rahadian, Ashanty, dan Anang.

Kedua-dua bintang filem Gundik itu mengesahkan hubungan mereka pada tahun 2022. Mereka kemudian terbuka berkongsi tentang kisah cinta kepada umum dan dilihat menghadiri acara bersama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang