SELEPAS 15 hari dinobatkan sebagai pemenang Miss Japan, Karolina Shiino terpaksa melepaskan mahkota ratu cantik itu disebabkan kontroversi menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Karolina merupakan warganegara Jepun namun individu pertama berketurunan Eropah memenangi gelaran Miss Japan Grand Prix pada 22 Januari lalu.

Kemenangannya sebelum itu menjadi perdebatan kerana beliau bukan keturunan Jepun yang asli.

Baca juga :‘Lepas pantang craving sugar, berat naik mendadak.’ Wany Hasrita usaha kawal gula demi kesihatan

Paling menyedihkan apabila laporan berita Jepun mendedahkan bahawa model berusia 26 tahun itu bercinta dengan pakar bedah plastik popular, Takuma Maeda, 45, yang sudah berkahwin mempunyai seorang anak.

Artikel itu mendakwa bahawa kedua-dua mereka pada mulanya hanya berkawan tetapi semakin rapat.

Baca juga: ‘Hidup saya masih bahagia, ada anak & suami.’ Hilang sebahagian kaki & tangan selepas jalani pembedahan batu karang, wanita ini tetap optimis

Apabila berita itu tersebar, Karolina pada mulanya menyangkal dakwaan tersebut. Namun, empunya diri kemudiannya mengakui khabar angin itu.

Dalam catatan Instagram, Karolina berkata, beliau tidak konsisten dengan kenyataan dan memohon maaf kepada peminat yang menyokongnya.

“Saya sekali lagi memohon maaf kepada semua orang atas pengkhianatan saya,” tulis Karolina.

Wanita itu juga menyatakan permohonan maafnya kepada isteri Takuma, keluarga, dan pihak lain yang berkaitan.

Sementara itu, Takuma menerusi Facebook berkata, mereka pernah bercinta dan berjumpa antara satu sama lain dalam satu tempoh.

Iklan

Beliau juga mengakui merahsiakan status sebagai suami orang daripada Karolina ketika bersama.

“Selepas mengetahuinya dan Karolina enggan meneruskan hubungan dengan saya.

“Saya kini telah bercerai,” katanya.

Disebabkan kontroversi tersebut, pihak penganjur mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menerima permintaan Shiino untuk melepaskan gelaran yang dimenanginya.

Iklan

Bukan itu saja, profil dirinya turut dipadam daripada laman web pertandingan berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang