BUKAN sekadar seekor khinzir betina biasa-biasa, tetapi haiwan ternakan yang diberi nama Pigcasso itu terkenal dengan tabiat suka melukis dan mewarna.

Pigcasso pandai menghasilkan karya tersendiri menggunakan berus dan seni abstrak tersebut mampu dijual dengan harga luar biasa.

Percaya tak kalau naskhah terbaharu yang dihasilkan binatang berkaki empat itu bernilai RM5.8 juta dalam sesi jualan baru-baru ini.

Bukan ‘kaleng-kaleng’ harga sebuah ciptaan yang bukannya dihasilkan oleh seorang manusia dan populariti Pigcasso itu diibaratkan boleh mengalahkan influencer.

Lapor The Mirror UK, haiwan peliharaan milik Joanne Lefson itu menerima liputan meluas oleh media tempatan selepas bakat terpendam diketahui ramai.

haiwan pigcasso

Menurut wanita berusia 50 tahun itu, Pigcasso mula menunjuk minat terhadap berus lama yang disimpan di dalam bangsal selepas diselamatkan dari kandang penyembelihan.

“Sejak itu, saya perasaan kecenderungan Pigcasso terhadap perkakas melukis. Satu hari, dia mengambil berus berkenaan dan mula melukis pada kertas putih yang ditampal pada dinding bangsal.

“Lukisan pertama Pigcasso berjaya dijual dengan harga RM2,326.50. Ia satu permulaan yang bagus dan saya gembira dia suka apa yang dilakukan,” katanya memetik laporan tersebut.

 

Bukan setakat itu saja, semakin hari corak lukisan haiwan berkenaan semakin berbeza dan menarik perhatian ramai.

Boleh dikatakan ia semakin kreatif kerana dikatakan melalui proses pembikinan yang unik oleh seekor haiwan.

haiwan pigcasso

“Saya seronok melihat haiwan seberat 453.5 kilogram itu menggerakkan berus dan menconteng kanvas. Ia sesuatu yang boleh dikatakan jarang-jarang berlaku di dunia,” kongsi Lefson.

DIIKTIRAF KERABAT DIRAJA

Kehebatan Pigcasso dalam bidang seni turut menarik perhatian kerabat Diraja United Kingdom selepas lukisan wajah-wajah popular ‘meletup’ di media sosial.

Antara koleksi terdahulu yang menjadi bualan ramai seperti bekas Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson dan mendiang Ratu Elizabeth II.

haiwan pigcasso

Iklan

Lebih mengejutkan, Pigcasso turut diberi penghormatan untuk hadir ke acara besar seperti majlis pertabalan Raja dan Brexit. Memang wow!

Baca juga Haiwan peliharaan masih tak faham arahan tuannya, teknologi The Smart Talking Button System boleh membantu

Boleh dikatakan ia salah satu karya seni paling unik di dunia. Pigcasso bebas melukis dengan warna yang dicadangkan Lefson dari jauh.

haiwan pigcasso

Setiap lukisan lengkap dengan signatur tanda tangan Pigcasso melalui cop hidungnya dan Lefson sendiri untuk pengiktirafan sijil ketulenan.

Baca juga Tak sanggup berpisah dengan haiwan kesayangan, wanita rela ‘kahwin’ dengan kucing bernama India

Iklan

Setiap hasil jualan disumbangkan kepada Farm Sanctuary SA iaitu sebuah pertubuhan penyelamat haiwan yang berpangkalan di Franschhoek Valley, Afrika Selatan.

Lokasi tersebut menjadi tempat tinggal Pigcasso sehingga sekarang.

haiwan pigcasso

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang