Hasrat dikebumi di masjid, lelaki meninggal dunia selepas 24 jam peluk Islam

A
A
A

HASRAT dan impian untuk dikebumikan di masjid, seorang lelaki mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Pun begitu selepas 24 jam, mualaf yang dikenali sebagai Anthony berusia 60 tahun meninggal dunia.

Berdasarkan ciapan Twitter @IlmFeed, lelaki berusia 60 tahun itu meninggal dunia pada 28 Julai lalu iaitu pada hari Jumaat yang penuh barakah.

Menerusi video yang dikongsikan, warga emas yang juga kakitangan di sebuah pasar raya di Birmingham, England, Anthony Mark Wainwright itu telah berkhidmat selama bertahun-tahun di pasar raya berkenaan tidak mempunyai keluarga.

"Namun, pekerja Islam yang bekerja di pasar raya itu melayannya seperti keluarga sendiri," katanya sebagaimana dipetik menerusi video berkenaan.

Apabila mengetahui hayatnya tidak akan lama di dunia setelah didiagnosis kanser dan dirawat di hospital, Anthony berhasrat agar dia dikebumikan di masjid.

Baca juga Peluk Islam pada 2018, penyanyi legenda Sinéad O’Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun

Kredit foto: Twitter @IlmFeed

 

Memetik artikel Hidayatullah.com, saudara Muslimnya memberitahu, impian itu hanya boleh dipenuhi jika Anthony mengucap dua kalimah syahadah dan masuk Islam.

Lelaki berkenaan lantas meminta dirinya diajar untuk bersyahadah.

Menerusi video dikongsikan @IlmFeed, dapat dilihat Anthony yang dibantu alat pernafasan lancar mengucap kalimah Tauhid walaupun kelihatan mengah.

"Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan disembah melainkan ALLAH dan saya bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Demikian ucap Anthony sambil disambut ucapan takbir oleh insan di sekelilingnya.

Selepas 24 jam mengucap lafaz Tauhid itu, Anthony dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Twitter @IlmFeed, begitu ramai orang yang menghadiri majlis pengebumiannya di Masjid Green Lane.

"Ini menunjukkan bahawa tidak ada yang tahu bagaimana akhir hidup seseorang. Semoga ALLAH menjaga kita teguh dalam Islam dan membiarkan kita mati dengan iman dan syahadah pada bibir kita," coret Ilmfeed.

Baca juga Menangis & membiru, baby usia 3 hari nyaris maut nenek beri air kosong

Kredit foto: Twitter @IlmFeed

Menjengah ruangan komen, ramai warganet mengirimkan doa dan coretan buat mualaf berkenaan.

Ujar mereka;

"Masya-ALLAH, lihatlah betapa ramainya yang mendoakan solat jenazah untuknya, petanda yang sangat baik untuk ‘perjalanan’ barunya! Dan walaupun pendapat yang agak kontroversi, kami berharap kematiannya pada hari Jumaat memberi manfaat untuknya. Jannah, insya-ALLAH."

"Sesuatu yang patut dicemburui. Betapa pendeknya hisab yang akan dilaluinya pada hari penghakiman."

Baca juga 7 tahun diet hanya makan durian & nangka, influencer Rusia mati kebuluran

"Saya sangat cemburu dengan kematian seperti ini. Ya ALLAH, jadikanlah akhir hayat kami husnuh khatimah. Amin."

"Jadi pada dasarnya dia mati sesuci bayi. Hanya dosa selama satu hari (jika ada) sepanjang hayatnya. Semoga ALLAH mengurniakan jannah kepadanya."

Inspirasi! Indah kematiannya.

Sumber: Sinar Islam Plus

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang