Ibu manjakan anak dengan kemewahan, hisap puting emas, mandi susu dan madu

A
A
A

IBU sentiasa mahukan yang terbaik buat anak, seperti seorang ibu di Britain ini memanjakan  permata hati tunggalnya dengan kemewahan. Si kecil itu dikatakan menghisap puting emas dan dimandikan dengan susu serta madu.

Tiada yang lebih berharga bagi seorang ibu selain daripada anaknya. Ibu secara nalurinya akan memanjakan anak-anak dan demi anak, ibu sanggup melakukan apa sahaja.

Namun apa yang dilakukan oleh Kasey Akram, 32, dari Sheffield, South Yorkshire, UK yang memandikan anaknya, Jareem dengan barangan mahal dan penjagaan kos tinggi ini mungkin menarik perhatian ramai.

Baca juga: Tenanglah duhai ibu dan bayi,  Ustazah Asma kongsi amalan bila diuji kesempitan

Baca juga: Anak 3 bulan maut digigit, keluarga dakwa ibu dirasuk

Selain memiliki puting emas, Jareem turut memiliki rantai dan gelang emas

Menurut laporan Daily Mail, si kecil bernama Jareem, 1, memiliki beberapa barangan mewah termasuk rantai Versace £750 (RM3970.77), gelang bertatahkan berlian £925 (RM4897.28) dan puting emas £1,000 (RM5294.36).

Baca juga: Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai

Baca juga: Panjang umur, anak kecil tercicir atas jalan, jatuh dari kereta ibu buat ramai seriau

Akram mengakui obsesinya berubah semenjak menjadi ibu. Jika dahulu dia hanya memfokuskan penampilan diri, kini si anak adalah segala-galanya.

“Jareem bayi yang paling comel di dunia. Saya pernah bertengkar dengan rakan-rakan mengenai berapa banyak yang saya belanjakan untuknya.

“Saya tidak kisah membeli pakaian saya dari Vinted (pakaian tepakai dalam talian) supaya boleh membelikan Jareem apa yang dia mahu.

“Apa sahaja yang dia suka, dia dapat dan jika saya tidak mampu saya menelefon ayahnya dan mendapatkan wang itu,” kata Akram yang sebelum ini bekerja sebagai penari dan model.

Baca juga: Hati-hati wanita, diumpan tumpang kereta, ibu, anak 6 tahun dinoda lelaki bernafsu binatang

Selepas hamil pada tahun 2020, Akram jatuh cinta dengan bayi dalam kandungannya dan memasang niat untuk memberikan layanan terbaik.

Wanita itu hanya memberikan anaknya hanya makanan organik. Malah setiap hari Akram akan membawa sarapan ke bilik tidur Jareem sebelum anak kecil itu menikmatinya di atas katil.

Dia juga mempunyai rutin memandikan Jareem menggunakan susu dan madu beberapa kali seminggu, diikuti dengan minyak bayi dan urutan bayi.

Walaupun baru berusia setahun, Jareem akan dibawa bersama Akram ke salun kuku di mana bayi itu turut mendapat rawatan merias kuku kaki.

Tidak salah memanjakan anak, namun berpada-padalah. Bimbang pada masa hadapan ia boleh membawa musibah.

Sumber: Daily Mail

Baca juga: Kasihnya ibu... duduk rumah jagaan bersama tetap manjakan anak usia 80 tahun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang