PENEMUAN objek pelik berbentuk kuali gergasi di kawasan pedalaman di Kretek Jambidan, Jogjakarta, Indonesia baru-baru ini membuatkan penduduk setempat tertanya-tanya.

Apatah lagi, ia sesuatu benda yang belum pernah dilihat mereka sebelum ini dan menimbulkan misteri.

Ramai pula yang mendakwa, kuali atau dipanggil wajan itu merupakan artifak peninggalan tamadun purba.

Tidak kurang juga yang mendakwa, objek tersebut merupakan sebahagian alatan pam air yang digunakan pada zaman pemerintahan penjajah terdahulu.

Lapor cnnindonesia.com, kuali gergasi tersebut ditemui sekumpulan pekerja yang sedang membuat kerja menggali di kampung tersebut.

kuali gergasi

Semasa kerja menggali dibuat, jentera jengkaut dikatakan terkena sesuatu sebelum menemui objek tersebut pada kedalaman 3 meter.

Memang sekali pandang, objek itu seperti kuali yang digunakan sebagai perkakas untuk memasak oleh emak-emak di rumah, kan?

Pun begitu, ketua kampung tersebut, Riyan Hidayat ada penjelasan berbeza.

Beliau memaklumkan, objek berkenaan merupakan peninggalan artifak zaman Belanda, jika merujuk kepada catatan sejarah yang disimpan.

“Kalau disemak, sebenarnya kampung ini tiada bukti wujudnya kerajaan purba.

Baca juga  [VIDEO] Seramnya, lubang mendapan gergasi hantui petani di Turki, rekahan semakin hari semakin besar

“Hanya tercatat pemerintahan penjajah Belanda yang satu ketika dulu pernah membangunkan tanah sebagai ladang tebu,” beritahunya.

Cerita tersebut dikuatkan lagi dengan kenyataan pemilik tanah tersebut yang dikenali dengan nama Supardi.

Supardi berkata, sebelum ini pun kerajaan ada merancang untuk mengaktifkan semula sistem pam air untuk tujuan pengairan kawasan ladang.

“Namun difahamkan, rancangan itu tidak dapat diteruskan kerana air gagal disalurkan ke semua kawasan.

kuali gergasi

Iklan

“Jadi, mungkin pam air sebesar 2.75 meter itu terpaksa dikuburkan bersama kolam sedia ada,” katanya.

Bayangkan, sebaik sahaja objek itu dikeluarkan, ramai penduduk terkejut melihat saiz yang besar sehinggakan kawasan itu menjadi tumpuan ramai.

Bagaikan pesta, keterujaan penduduk yang datang bertali arus melihat kuali tersebut menyebabkan pihak berwajib terpaksa datang berkawal.

Baca juga Penduduk Jepun bina gorilla gergasi untuk halau Covid-19

Bimbang katanya kuali itu dicuri orang atau beralih tempat. Aduhai sampai macam itu sekali ya.

Iklan

Jika diselidik, rupa-rupanya kisah kuali gergasi juga pernah dipaparkan dalam media sosial selepas penemuan objek sama di Jawa Tengah pada tahun 2016.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

kuali gergasi

NOTA KAKI:

Banyak lagi kisah menarik dikongsikan dalam SinarPlus sama ada cerita di dalam dan luar negeri.

Pastikan anda terus memilih SinarPlus dan Sinar Harian sebagai wadah informasi terkini.

Apa yang penting, jangan lupa patuhi prosedur operasi standard ya demi memastikan jangkitan wabak Covid-19 dapat dibendung sebaiknya. #kitajagakita #kitalaluibersama