KALA jengking adalah adalah haiwan berbisa yang kerap muncul ketika cuaca hujan.

Mesir kini ‘diserang’ araknid berkaki lapan itu selepas hujan batu dan ribut petir di kawasan berhampiran Sungai Nil, Jumaat lalu.

Lapor BBC News, jurucakap kementerian kesihatan negara itu mengesahkan tiga orang meninggal dunia di selatan Aswan manakala 450 orang lagi cedera akibat sengatan kala jengking.

Haiwan tersebut dipercayai dihanyutkan ketika ribut kencang dan hujan lebat ke arah jalan dan kawasan kediaman.

Agensi berita Al-Ahram melaporkan jurucakap kementerian kesihatan Mesir berkata pihaknya kementerian itu membekalkan dos tambahan antivenom kepada pusat perubatan berdekatan kampung yang kawasan pergunungan dan padang pasir.

Baca juga: [VIDEO] Jarang Dilihat Manusia, Jerung Paling Ganas Di Dunia, Penuh Parut, Kesan Gigit

Dalam perkembangan berkaitan, doktor tidak dibenarkan menyuntik vaksin untuk merawat sengatan kala jengking.

Susulan itu orang ramai di dinasihatkan untuk berada di rumah dan mengelakkan kawasan yang banyak pokok.

Mesir adalah habitat kepada kala jengking ekor gemuk (fat-tailed scorpions) yang merupakan antara spesies yang paling berbisa di dunia.

Iklan

Racun dari ekornya boleh membunuh manusia dalam masa kurang satu jam.

Gejala daripada bisanya adalah kesukaran bernafas, otot berkedut dan pergerakan kepala yang luar biasa.

Anti-racun digunakan sebagai langkah pencegahan sebelum gejala timbul tetapi hanya berfungsi apabila gejala bertambah buruk.

Iklan

Baca juga: Polis Wanita Pikul Lelaki Sakit Tak Sedarkan Diri Bawa Ke Hospital Raih Pujian Ramai

Baca juga: Kontraktor Salah Sambung Paip, 28 Tahun Kakitangan Hospital Tak Sedar Guna Air Kotor Dari Tandas

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: BBC News