Kanak-kanak 4 tahun tak sengaja ‘dimandulkan’, keluarga saman RM4.4 juta
KANAK-kanak berusia empat tahun dirundung malang apabila tidak sengaja dimandulkan dalam satu prosedur hospital. Keluarga menuntut keadilan dengan menyaman hospital berkenaan.
Lebih menyedihkan, susulan insiden berkenaan, kanak-kanak terbabit nerkemungkinan tidak mampu memiliki zuriat sendiri pada masa depan.
Menurut Little Things, kanak-kanak berkenaan menjalani prosedur dijalankan di sebuah hospital di Texas, Amerika Syarikat selepas kanak-kanak berkenan mengadu bengkak pada bahagian skrotum.
Baca juga: Kontraktor salah sambung paip, 28 tahun kakitangan hospital tak sedar guna air kotor dari tandas
Hospital berkenaan menghadapi tuntutan mahkamah selepas seorang pakar bedah dilaporkan melakukan vasektomi secara tidak sengaja semasa pembedahan hernia bagi merawat hernia inguinal atau angin pasang yang dilakukan pada Ogos 2021.
Menurut saman itu, difahamkan selepas pembedahan, kantung hernia dihantar ke jabatan patologi. Laporan patologi menyatakan terdapat tisu daripada vas deferens (saluran yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan sperma sebelum dikeluarkan melalui zakar).
Entah apa yang dilakukan pasukan perubatan, saluran tersebut termasuk dalam spesimen kantung hernia yang menjadikan ia vasektomi yang tidak diingini (unintended vasectomy).
Vasektomi ialah juga dikenali sebagai 'pensterilan lelaki' yang digunakan sebagai kaedah perancang keluarga untuk mencegah kehamilan.
Baca juga: Gara-gara tahan kentut selama 2 tahun, wanita dimasukkan ke hospital
Keluarga mangsa menuduh pakar bedah mereka sebagai cuai dalam menyediakan rawatan perubatan dengan gagal bertindak sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang munasabah sepatutnya dilakukan.
Apa yang terjadi kepada anak mereka tidak dapat diterima. Saman itu juga menambah bahawa kanak-kanak berkenaan itu perlu berurusan dengan ‘kerosakan’ yang dialaminya sepanjang hayatnya.
Keluarga kanak-kanak berkenan meminta minimum USD$250,000 dan maksimum USD$1 juta (RM1.1 juta hingga RM4.4 juta)
"Ada kemungkinan dia mungkin perlu menggunakan rawatan kesuburan untuk memiliki anak. Ini semua perlu dipertimbangkan," katanya.
Menurut Hello Doktor, Persatuan Urologi Amerika (AUA) mengesahkan vasektomi masih boleh menyebabkan kehamilan kepada pasangan.
Kehamilan biasanya berlaku pada 1 daripada 1,000 pasangan yang lelakinya telah menjalani prosedur vasektomi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang