Kejam! Ibu, anak 2 tahun disiram air panas gara-gara tolak ajakan rujuk bekas suami
KEJAMNYA! Ibu dan anaknya berusia dua tahun menjadi mangsa bekas suami sendiri apabila menolak ajakan rujuk.
Perceraian bukanlah perkara yang diminta atau dicari oleh pasangan yang berkahwin tetapi ia menjadi jalan terakhir sesetengah pasangan yang berhadapan dengan konflik rumah tangga sama ada tiada persefahaman mahupun disebabkan pihak ketiga.
Iddah bagi wanita yang diceraikan adalah selama tempoh tiga kali suci. Justeru, dalam tempoh tiga kali suci tersebut seorang suami itu boleh untuk merujuk semula kepada isterinya yang telah diceraikan.
Baca juga: Suami minta rujuk semula lepas ceraikan isteri talak tiga
Baca juga: Wanita malang diceraikan selepas video suami cuci pinggan tular
Tetapi jika tiada persetujuan daripada pihak isteri dan hatinya yang sudah tawar usahlah dipaksa. Apatah lagi apabila suami sudah biasa ‘naik tangan’ trauma dari segi psikologi membuatkan si isteri serik untuk bersama kembali.
Dalam satu kejadian di Cikarang, Jawa Barat, Indonesia, siapa sangka seorang lelaki dikenali sebagai Kenji sanggup menyiram bekas isteri, SH, 25, dan anak mereka berusia 2 tahun dengan air panas mendidih gara-gara menolak ajakan untuk rujuk selepas penceraian.
Lelaki itu dikatakan datang ke rumah mangsa pada jam 3.00 pagi dan menyiram air panas kepada bekas isteri dan anak. ibu mentuanya yang berusia 57 tahun turut menjadi sasaran.
Ketika kejadian, masing-masing sedang tidur di ruang tamu dan tidak sempat melarikan diri. Lebih menyayatkan hati, anaknya sendiri, RS yang berusia dua tahun melecur hampir 100 peratus manakala SH dan ibunya masing-masing mengalami lecur 80 peratus dan 60 peratus.
Baca juga: Wanita boleh dakwa pihak ketiga ‘perosak’ rumah tangga, peguam jelaskan cara
Menurut mangsa, ibunya turut disiram air panas hingga ke bahagian belakang demi melindungi cucu.
Warga maya meluahkan simpati dan mendoakan kesembuhan wanita terbabit.
- “Keputusan puan untuk tidak rujuk lagi adalah tepat kerana kalau rujuk pasti akan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.”
- “Pengajaran buat anak muda, pentingnya memilih suami yang baik.”
- “Takutnya sekarang manusia semakin berani. Kenapa kejam macam tu, Allahhuakhbar.”
Difahamkan lelaki durjana itu masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa.
@maimunasuyit9 mantan istri di siram air keras.karrna menolak diajak rujuk..lelai bangsat#fyp#videoviral♬ suara asli - AISYAH
Menurut Pejabat Mufti Wilayah, mengikut mazhab Al-Syafi’e, rujuk antara pasangan yang bercerai tidak boleh berlaku dengan perbuatan semata-mata sekiranya seorang lelaki itu mampu untuk melafazkan rujuk.
Bahkan ia hanya sah dengan ucapan rujuk dari pihak suami sahaja. Dalam kes-kes pasangan yang bercerai dan ingin rujuk kembali, pasangan dinasihatkan mendaftarkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Setelah mendapat perintah mahkamah, proses rujuk boleh diteruskan dalam tempoh iddah.
Baca juga: Rujuk semula, Bella Astillah kini hamil
Sumber: Youtube Pratiwi Noviyanthi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang