SEORANG ibu sepatutnya membela dan menjaga, bukan mengkhianati anak sendiri. Namun seorang wanita, Kelly Renee Turner di Amerika Syarikat tergamak menipu mengatakan anaknya sakit hingga mengakibatkan kanak-kanak itu maut demi mengaut wang sumbangan bernilai puluhan ribu ringgit.

Kelly Renee Turner, 43, ibu kepada tiga cahaya mata termasuk si bongsu Olivia Gant, 7. Keluarga itu yang dahulunya tinggal di Texas berpindah ke Colorado. Turner dan tiga anak berpindah sementara suaminya terus tinggal di Texas untuk bekerja.

Segala penderitaan bermula pada tahun 2012 apabila Turner membawa Olivia ke hospital dan mendakwa anaknya itu mengalami sembelit teruk. Pihak hospital bertindak membedah kanak-kanak itu bagi mengeluarkan najis.

Namun tiada siapa tahu, ia adalah permulaan kepada perancangan si ibu mempergunakan Olivia untuk kepentingan diri. Sejak dari saat itu, Turner menjadikan anaknya sebagai sasaran hingga tubuh kecil itu menerima ratusan rawatan di hospital walhal Olivia seorang kanak-kanak yang sihat.

Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

Olivia sihat, penyakitnya dipalsukan oleh si ibu (Kredit foto: The Mirror UK)

Kemudian Turner memberitahu doktor bahawa Olivia mengalami kesukaran menelan makanan dan mencerna makanan. Laporan Turner ini membawa kepada pelbagai pemeriksaan ke atas Olivia.

Lebih menyayatkan hati, dalam tempoh lima tahun, kanak-kanak itu terpaksa menjalani beberapa pembedahan membabitkan sistem pencernaan termasuk usus kecilnya dialihkan melalui usus besar. Anak tidak berdosa itu juga tidak dapat makan seperti biasa tetapi perlu menerima makanan khas menerusi beg terus ke perut.

Dalam pada itu, tanpa disaksikan sendiri petugas perubatan Turner mendakwa Olivia mengalami sawan sehinggakan tubuh kecil itu terpaksa menerima pelbagai ubat-ubatan ‘kuat’ yang hakikatnya tidak diperlukan.

Baca juga: Wanita terselamat daripada diculik, dibunuh bekas kekasih selepas minta bantuan guna bahasa isyarat

Nyawa si kecil ini melayang gara-gara kerakusan ibu sendiri

Akhir sekali ibu kejam itu memberitahu doktor bahawa tiub makanan Olivia tidak berfungsi menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat menerima nutrien hingga terlantar lemah dan ditolak menggunakan kerusi roda.

Bagi yang mengikuti Olivia menerusi perkongsian laman sosial dan blog Turner, rata-rata meluahkan kesedihan melihat ‘penderitaan’ kanak-kanak itu akibat penyakit misteri.

Turner turut mendedahkan kos penjagaan Olivia mahal hingga membangunkan halaman GoFundMe untuk anaknya itu bagi mengumpul sumbangan. Mereka yang bersimpati menyalurkan derma lebih daripada USD$22,000 (RM98,373)

Tidak hanya itu, Turner juga mendakwa bahawa anak perempuannya juga berhadapan dengan keadaan seperti autisme, kelewatan perkembangan dan mempunyai cecair pada otak.

Dia sentiasa berada di sisi katil Olivia sementara doktor kemudian menyifatkan rawatan kanak-kanak itu memerlukan kos tinggi kebanyakan percaya dia hanya berusaha untuk mendapatkan anak perempuannya bantuan yang sangat dia perlukan.

Baca juga: Sampai hatimu ibu! Demi kekasih, anak 3 tahun ditinggalkan seminggu maut

Turner menolak kerusi roda Olivia yang kononnya sakit (Kredit foto: The Mirror UK)

Menjelang tahun 2017, Turner memberikan khabar duka kepada mereka yang mengikuti kes Olivia. Katanya tpenyakit yang ditanggung kanak-kanak itu tiada penawar dan kini hanya bertahan untuk terus hidup.

Malah ibu tidak berhati perut itu memberitahu hidup anaknya seolah-olah tidak adil dan meminta doktor menanggalkan tiub makanan pada perut Olivia.

Bagaimanapun doktor tidak bersetuju dan Olivia mula dirawat doktor baru yang bersetuju tidak akan memberikan rawatan kecemasan (do not resuscitate-DNR) sekiranya kanak kanak itu kritikal dan membiarkannya meninggal dunia.

Baca juga: Ibu bapa kita bukan harapkan layanan VIP, cukup sekadar kasih sayang dan perhatian. Ini tip penting ketika menjaga mereka

Kredit foto: The Mirror UK

Turner kemudian berkongsi menerusi blog dan laman sosial tentang permintaan terakhir Olivia sebelum menutup mata termasuk ingin mengunjungi balai polis dan menjadi penyiasat.

Simpati kepada nasib Olivia, sebuah badan kebajikan The Make-a-Wish menganjurkan sebuah parti bernilai USD$11,000 (RM49,186.50) untuk Olivia dan merealisasikan impiannya menjadi ‘Bat Girl’. Semenjak itu, kisah Olivia mendapat perhatian media tempatan.

Baca juga: Ini hukumnya bila ibu bapa pilih kasih yang perlu kita tahu

Kredit foto: The Mirror UK

Pada Julai 2017, Turner meyakinkan doktor untuk menghentikan rawatan ke atas Olivia. Tanpa tiub makanan, Olivia kebuluran dan tidak mampu bertahan. Ketika kanak-kanak itu lapar dan kehausan, aiskrim cair disapu pada bibir menggunakan span untuk melegakan.

Selepas lima tahun diperlakukan dengan kejam oleh ibu sendiri, Olivia menghembuskan nafas terakhir pada 20 Ogos 2017. Kematiannya dikatakan berpunca daripada komplikasi kegagalan usus dan pelbagai masalah perubatan.

Bagaimanapun kejahatan Turner mula dihidu apabila ibu kejam itu kemudian mendakwa kakak Olivia mengalami kesakitan pada tulang dan mempunyai sejarah kanser walhal kanak-kanak didapati sihat. Sejak itu, pakar perubatan mula berasa sangsi terhadap Turner.

Baca juga: Kasihnya ibu, duduk rumah jagaan bersama tetap manjakan anak usia 80 tahun

Kredit foto: The Mirror UK

Jasad mendiang Olivia digali semula dan hasil pemeriksaan mendapati anak kecil itu tidak mengalami komplikasi kegagalan usus seperti yang didakwa sebelum ini.

Penyiasat kemudian membongkar Turner menjadi dalang semuanya kematian tragis Olivia termasuk dan mendesak pasukan perubatan agar anaknya itu tidak diselamatkan (do not resuscitate-DNR) ketika krtikal.

Semasa disoal siasat, Turner didapati mengalami Sindrom Munchausen Secara Proksi iaitu gangguan psikologi yang mana seseorang berpura-pura menyakiti orang yang mereka sayangi agar mereka menjadi perhatian. Wanita itu bagaimanapun menafikan.

Iklan

“Apa yang sudah terjadi tidak pernah mempunyai kaitan dengan saya sama sekali, apa pun. Anda boleh bertanya kepada sesiapa sahaja yang berada bersama saya melalui semua ini,” katanya dipetik daripada The Mirror UK.

Polis yang menyiasat membuat kesimpulan Turner telah meyakinkan doktor bahawa anak perempuannya itu memerlukan rawatan dan mengaut keuntungan daripada sikap pemurah orang ramai yang menderma.

Dia juga menipu sistem Medicaid sebanyak daripada USD$538,000 (RM2,406,474.00) dengan penyakit palsu anaknya, menyebabkan Olivia menerima rawatan dan pembedahan di hospital bagi merawat penyakit yang tidak pernah dihidapinya.

Baca juga: Kes noda wanita 28 tahun lalu akhirnya terbongkar, anak bantu ibu heret suspek ke pengadilan

Kredit foto: The Mirror UK

Pada tahun 2019, Turner didakwa di atas pertuduhan membunuh, penderaan kanak-kanak, kecurian dan penipuan. Dia mengaku tidak bersalah sehingga tahun ini. Beberapa minggu sebelum perbicaraan dimulakan, wanita itu membuat perjanjian pengakuan. Dia mengaku melakukan penderaan kanak-kanak hingga menyebabkan kematian, mencuri dan menipu.

Bagaimanapun tuduhan membunuh telah ditolak. Turner awalnya menegaskan dia tidak bersalah namun akhirnya mengaku bersalah untuk mengelakkan keluarganya menghadapi tekanan ketika perbicaraan.

Anak perempuan Turner yang dikatakan mengalami kesakitan pada tulang semakin baik selepas diambil dari jagaannya.

Keluarga Olivia juga menyalahkan Hospital Kanak-kanak Colorado di mana kanak-kanak dirawat selama lima tahun. Pada Februari 2022, Turner, 43, dijatuhi hukuman penjara 16 tahun.

Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi. Anak adalah amanah yang perlu dilindungi namun tergamaknya ibu sendiri memperlakukan darah daging dengan kejam demi wang. Kisah menyayat hati ini wajar dijadikan pengajaran.

Baca juga: Kasih anak! Lemas ketika cuba selamatkan ibu

Iklan
Kredit foto: HerFamily

SINDROM MUNCHAUSEN

Sindrom Munchausen adalah gangguan psikologi yang mana seseorang berpura-pura sakit atau sengaja menghasilkan simptom penyakit pada dirinya.

Niat utama penghidapnya ialah supaya orang ramai mengambil berat tentangnya dan menjadi pusat perhatian.

Manakala Sindrom Munchausen Secara Proksi adalah keadaan yang mana seseorang menyebabkan kesakitan kepada orang lain untuk mendapatkan perhatian.

Sindrom ini menunjukkan lima gejala seperti berikut;
-Membesar-besarkan gejalas edangkan tidak  sakit.
-Tingkah laku manipulatif kerana gejala utama ini berkaitan dengan penipuan.
-Mahu orang lain melihat mereka sakit atau terjejas.
-Memalsukan rekod perubatan untuk mendapatkan diagnosis penyakit.
-Menyakitkan diri sendiri atau orang lain secara fizikal hingga menyebabkan kecederaan.

Baca juga: Wanita dikerat 11 bahagian selepas dibunuh bekas kekasih, ini kronologi kejadian sadis

Baca juga: Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu

Sumber: The Mirror UK, Universiti Teknikal Malaysia Melaka