GAYA hidup ‘berkiblatkan’ konten media sosial seperti mukbang kini semakin menjadi ikutan, tetapi pengakhirannya membawa kebinasaan.

Sejak kebelakangan ini, kita secara jelas dapat melihat lambakan video yang memaparkan susuk tubuh individu yang melahap makanan seakan-akan tiada hari esok.

Rakaman amalan makan tanpa berhati-hati dengan kuantiti yang banyak itu seakan-akan memperlihatkan mereka seperti ‘jaguh’.

Pada masa sama, kelompok itu kononnya memiliki sistem penghadaman yang boleh ditukar ganti.

Sebenarnya, isu berkenaan sudah banyak kali diperdebatkan oleh ramai pakar pemakanan di dalam dan di luar negara.

Dari konteks tempatan, baru-baru ini seorang pengamal perubatan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Great Life Physio and Rehabilitation, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi komentarnya berkenaan amalan mukbang.

Ujar Dr Kamarul Ariffin, beliau banyak mengendalikan kes melibatkan penghadaman.

Kebanyakan kes seperti gastritis, gastroesophageal reflux dan bulimia nervosa berlaku disebabkan terpengaruh dengan aksi makan dengan gelojoh yang ditonton di media sosial.

Baca juga: Kurangkan berat badan, obesiti kecilkan otak. Ini fakta mengenainya

Ada kandungan mukbang yang beri pengaruh tidak elok pada kesihatan, jadi berjaga-jagalah, jangan mudah terpengaruh dengan trend yang dipaparkan,î ujarnya menerusi entri di laman Facebooknya.

Gastritis adalah gangguan sistem pencernaan, sementara gastroesophageal reflux merujuk kepada keadaan yang mana asid dalam perut atau kandungan perut iaitu makanan atau minuman yang diambil tertolak semula ke saluran esofagus.

Bulimia nervosa pula adalah gangguan pemakanan yang disebabkan oleh keinginan untuk makan makanan dalam jumlah besar sekali gus.

Dr Kamarul Ariffin turut berkongsi unsur-unsur mukbang yang boleh membawa kepada kemudaratan pencipta kandungan dan para penonton. Antaranya:

– Kuantiti makanan terlalu banyak.
– Rasa yang terlampau manis atau pedas.
– Makanan yang tidak sihat.
– Makan makanan yang terlarang.
– Cara makan boleh mendatangkan bahaya.
– Tiada adab ketika makan.
– Tidak menghormati makanan.

CETUS MASALAH MENTAL

Ujar pegawai perubatan itu, aksi mukbang tanpa disedari berupaya mempengaruhi amalan pemakanan orang ramai, selain menjejaskan kesihatan fizikal, mental dan sosial.

“Hal ini kerana sikap manusia yang suka mencuba sesuatu perkara baharu boleh membawa kepada bahana,” katanya.

Iklan

Lebih menakutkan, kata Dr Kamarul Ariffin, masalah mental boleh berlaku disebabkan amalan pemakanan seperti gangguan makan yang terlalu gelojoh, bulimia nervosa dan tabiat makan bukan makanan (contoh seperti pasir, kertas dan lain-lain).

Baca juga: Waspada, kanak-kanak 10 tahun kini sudah derita diabetes angkara obesiti

PENGARUH MEDIA SOSIAL & TV

Dalam pada itu, beliau memberitahu, 37.9 peratus remaja yang berusia 10 hingga 17 tahun menunjukkan bahawa golongan itu terikut dengan apa yang dilihat di media sosial.

Sementara, 36.7 peratus dipengaruhi apa yang ditonton di kaca televisyen.

Berdasarkan statistik, ternyata pengaruh socmed terlalu besar kepada para remaja.

Iklan

Bagaimanapun, ia sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai manusia yang tidak lari daripada sikap suka mencuba sesuatu perkara baharu.

Namun kena ingat, ia bukanlah tiket untuk berbuat demikian.

Lantaran itu, elakkan diri daripada terjebak dengan mukbang yang memaparkan corak pemakanan tidak sihat itu. Selagi bernyawa, sayangilah diri anda.

Satu lagi, mak ayah juga kena mainkan peranan. Pantau anak anda dan jangan terlalu larut dengan bekerja sahaja.

Baca juga: Awas, kerap makan lewat malam boleh picu obesiti! Berikut 4 kesan negatif lain

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.