Korea mula beri dos keempat vaksin Covid-19, hanya individu imunisasi rendah

vaksin
vaksin
A
A
A

SEDANG negara kita dalam pelaksanaan pemberian suntikan ketiga atau dos penggalak (booster), negara lain dilihat lebih ke hadapan dalam membanteras Covid-19.

Seperti di Korea, menurut laporan Korea Bio Med, kerajaannya dilapor telah mula memberikan dos keempat vaksin Covid-19 kepada 1.8 juta penduduknya bermula pada hari ini.

Omicron mencatatkan kes yang tinggi di negara itu, namun tetapi vaksinasi yang meluas dengan suntikan penggalak pertama diterima oleh lebih 57 peratus daripada populasi 52 juta, membantu mengurangkan kematian dan jangkitan serius, lapor Reuters.

Kata seorang pegawai vaksinasi, dos keempat mula ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tahap imunisasi yang lemah atau ada mengambil imunosupresan.

Menurut laporan Korea Bio Med, pihak berkuasa juga akan memberi dos keempat itu kepada kira-kira 500,000 kaki tangan hospital mulai minggu pertama bulan Mac ini.

Ujarnya, kaki tangan tersebut boleh ambil dos keempat itu sebaik saja selepas 120 hari menerima dos ketiga.

Walau bagaimanapun, ulasnya lanjut, bagi mereka yang berada di hospital sama ada pesakit atau kaki tangan yang berada dalam kelompok yang berisiko tinggi dijangkiti pula boleh mula ambil suntikan tersebut setelah 90 hari.

Baca juga Ingin nikmati hidangan Ratu Elizabeth II? Ini resipi dinamakan 'Ayam Pertabalan' yang boleh dicuba

Pesakit kanser perlu suntikan vaksin selepas disahkan pakar kesihatan

Katanya, keputusan memberikan suntikan keempat itu bertujuan meminimumkan jumlah kes kematian dan mengalami simptom yang teruk dikala gelombang Omicron sedang melanda.

Sementara itu, dalam sidang akbar menerusi Korea Bio Med, Pengarah KDCA Jeong Eun-Kyeong, menafikan kemungkinan untuk tidak memberikan dos keempat kepada orang awam.

Katanya, penerima dos keempat termasuk kira-kira 500,000 individu berumur 18 tahun ke atas yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan, dan 1.3 juta yang lain yang mengalami gangguan imun.

Bagaimanapun, mereka yang di luar kumpulan ini belum dinasihatkan untuk menerima vaksin tambahan.

Baca juga Dianggap wira, lelaki Turki tanam lebih 30 juta pokok, berjaya ubah tanah tandus jadi hutan

Menurutnya, pihaknya tidak mempertimbangkan dos keempat kepada orang biasa, termasuk pekerja perubatan yang merawat pasakit Covid-19 berumur 60 tahun ke atas.

Ujarnya lanjut, pihaknya juga tidak mengaitkan dos keempat terbabit dengan pas vaksin kerana ia khas kepada mereka yang mempunyai tahap imunisasi yang rendah.

Sekurang-kurangnya 44.22 juta orang atau 86.2 peratus daripada populasi, diberi vaksin sepenuhnya.

Sebanyak 54,619 kes baharu pada Ahad menjadikan jumlah jangkitan kepada 1,405,246 menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Jumlah kematian di negara itu meningkat sebanyak 21 kepada 7,102 orang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang