KOREA Selatan melaporkan kes pertama jangkitan daripada Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai ‘amoeba pemakan otak.’

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) mengesahkan lelaki warganya berusia 50-an meninggal dunia selepas pulang dari Thailand.

Lelaki berkenaan kembali ke Korea Selatan pada 10 Disember selepas berkhidmat selama empat bulan di sana. Usai kepulangan, lelaki berkenaan dimasukkan ke hospital keesokan harinya dan meninggal dunia 10 hari kemudian.

KDCA yang telah menjalankan ujian genetik ke atas tiga jenis patogen menyebabkan Naegleria fowleri mengesahkan jangkitan itu sebagai punca kematiannya.

Ujian mengesahkan gen dalam badan lelaki itu adalah 99.6 peratus sama dengan yang ditemui pada pesakit meningitis yang dilaporkan di luar negara.

Berikut info ringkas mengenai ‘amoeba pemakan otak’ atau Naegleria fowleri:

1-Kes berkenaan adalah jangkitan pertama yang diketahui di Korea Selatan. Kes pertama dilaporkan di Virginia pada tahun 1937 iaitu 85 tahun yang lalu.

2-Naegleria fowleri ialah ameba iaitu organisma sel tunggal hidup di dalam tanah dan air tawar yang hangat seperti air mata air, tasik dan sungai di seluruh dunia.

3-Organisma itu memasuki badan melalui sedutan melalui hidung, bergerak ke otak dan menyebabkan jangkitan jarang berlaku yang mengancam nyawa dipanggil meningoencephalitis amebic primer (PAM). Kadar kematian akibat PAM melebihi 97 peratus.

4-KDCA mendedahkan gejala awal adalah termasuk sakit kepala, demam, loya atau muntah diikuti simptom lanjut seperti sakit kepala yang teruk, demam, muntah dan sakit leher.

Baca juga: 35 kes virus baru di China hingga amaran dikeluarkan, 10 fakta Langya wanita perlu tahu

Sakit leher atau stiff neck antara simptom dihadapi mereka yang dijangkiti (Kredit foto: Freepik)

5-Tempoh inkubasi untuk Naegleria fowleri biasanya di antara dua hingga tiga hari dan paling lama 15 hari.

6-Walaupun penularan sesama manusia adalah mustahil, KDCA meminta orang ramai mengelakkan daripada berenang di kawasan di mana jangkitan berlaku.

6-Menurutnya, walaupun risiko tidak tinggi tetapi kebanyakan jangkitan bermula melalui aktiviti berenang.

7-“Untuk mengelakkan jangkitan Naegleria fowleri, kami mengesyorkan mengelakkan aktiviti berenang dan riadah yang berkaitan dan menggunakan air bersih ke kawasan di mana kes telah dilaporkan,” kata ketua agensi itu, Jee Young-mee.

8-KDCA berkata air bersih merujuk kepada air yang tidak tercemar tetapi orang ramai tidak boleh dijangkiti Naegleria fowleri dengan meminumnya.

9-Risiko tertinggi jangkitan adalah apabila suhu air meningkat semasa musim panas.

Baca juga: Doktor penat rebah, pesakit bergelimpangan atas lantai, tsunami Covid-19 China parah

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

10-Sebanyak 381 kes membabitkan patogen itu dilaporkan di seluruh dunia setakat 2018 termasuk di India, Thailand, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

Iklan

11-Amerika Syarikat melaporkan 154 jangkitan sejak 1962 hingga 2021.

12-Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, daripada jumlah itu hanya empat orang terselamat. Jangkitan Naegleria fowleri mencatat kadar kematian melebihi 97 peratus.

13-Ahli mikrobiologi di Universiti Ajou, Korea Selatan, Shin Ho-joon berkata sebaik sahaja pesakit dijangkiti Naegleria fowleri, peluang untuk hidup adalah sangat rendah kerana ia berkembang dengan cepat.

Baca juga: Radang otak, keguguran, bahayanya influenza kepada ibu hamil

Kredit foto: Freepik

14-“Diagnosis awal jangkitan adalah sangat sukar dikenal pasti kerana serupa dengan selesema biasa. Apabila pesakit menunjukkan gejala yang lebih jelas seperti leher kaku, tidak sedarkan diri dan koma, kematian boleh berlaku pada hari-hari berikutnya, ” katanya kepada The Korea Times.

15-Shin menjelaskan ia adalah salah satu sebab jangkitan itu hanya dapat dikesan melalui bedah siasat. Beliau juga menambah tiada rawatan atau vaksin yang berkesan terhadap jangkitan Naegleria fowleri.

Iklan

Baca juga: Budak kecil terpaksa ditidurkan akibat jangkitan kencing tikus. Ini fakta penting ramai kena ambil tahu

Sumber: The Korea Herald, Korea Times

Kredit foto utama: Centers for Disease Control and Prevention

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi