VIDEO memaparkan seorang doktor kepenatan hingga rebah ke lantai menjadi tular di China selepas tsunami Covid-19 melanda republik itu.

Menerusi video yang tular, doktor berkenaan dilihat sedang merawat seorang demi seorang pesakit dan kemudian tiba-tiba rebah di kerusinya hingga terperosok ke bawah meja.

Kondisi doktor berkenaan terlalu lemah. Insiden cemas telah dibantu seorang doktor lain. Tidak dapat memulihkannya, rakan sekerjanya dilaporkan terpaksa mengangkatnya dan memindahkannya dari kerusi.

Satu lagi video yang berlegar dalamm talian dikatakan berlaku di sebuah hospital di bandar Chongqing di China di mana pesakit diberikan Cardiopulmonary resuscitation (CPR) di atas lantai.

Dalam video itu, pesakit boleh dilihat berbaring meniarap di atas lantai dan menerima tekanan dada daripada mesin dan kumpulan doktor.

Semua katil di dalam bilik berkenaan penuh dengan pesakit diintubasi dan menggunakan ke ventilator.

Baca juga: Letih waktu pagi, rambut gugur, saintis dedah 4 tanda baru Covid-19, Long Covid

 

HANYA RADANG PARU-PARU, KEGAGALAN PERNAFASAN DIKIRA KEMATIAN COVID-19

China terus menyembunyikan jumlah sebenar kes. Beijing melaporkan lima kematian pada hari Selasa lalu dan dua pada hari Isnin.

Secara keseluruhan, China melaporkan hanya 5,242 kematian akibat sejak wabak itu meletus di pusat bandar Wuhan pada akhir 2019, angka yang sangat rendah mengikut piawaian global.

Pada hari Selasa, China menukar definisi pengiraan kematian Covid-19 dan mengatakan bahawa hanya kematian yang disebabkan oleh radang paru-paru dan kegagalan pernafasan selepas dijangkiti akan diklasifikasikan sebagai kematian akibat wabak itu.

Kematian pesakit akibat penyakit sedia ada tidak dikira sebagai kematian Covid-19.

Baca juga: Anak kecil hidap resdung lebih berisiko dijangkiti influenza dan Covid-19. Ini penjelasan pakar

TERPAKSA BERATUR PEMBAKARAN MAYAT

Menurut Reuters, penduduk di Beijing terpaksa beratur panjang untuk membakar mayat atau terpaksa membayar yuran tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan tepat pada masanya.

Pekerja di dua rumah pengebumian berbeza di Beijing memberitahu Reuters pada hujung minggu terdapat lonjakan angka mayat yang dihantar hingga menyebabkan kesesakan.

Kos yang tinggi itu telah mendorong segelintir penduduk terpaksa mengangkut mayat ke rumah pengebumian.

Baca juga: Ikan, ketam perlu ‘swab test’ di China, kes Covid-19 sedang mencanak

Tidak dibenarkan cuti, esakit yang mempunyai simptom ringan perlu keluar bekerja

POS UBAT UNTUK SAUDARA DI CHINA

Warga China di Singapura juga beratur untuk menghantar ubat pulang ke negara asal yang sedang dilanda gelombang Covid-19 hinggakan syarikat penghantar barangan ke China, Shun Xing Expres terpaksa mengehadkan sebanyak 50 parcel sahaja sehari.

China melonggarkan sekatan Covid-19 di seluruh negara pada 7 Disember termasuk membatalkan keperluan untuk ujian besar-besaran yang kerap dan memperkenalkan kuarantin di rumah untuk sesetengah pesakit.

Ia susulan protes terhadap strategi menangani penularan wabak itu yang disifatkan terlalu keras dan kini berkembang menjadi desakan untuk menuntut kebebasan politik.

Baca juga: Covid-19: Apakah lockdown draconian yang diamalkan di China?

Sumber: India Times, SCMP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi