Kronologi gelora udara SQ321 Singapore Airlines raih perhatian dunia, jatuh mendadak 10 saat pada ketinggian 11,277 meter meragut nyawa

A
A
A

TRAGEDI menimpa penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) yang terbabit dalam insiden gelora udara luar biasa kelmarin terus menjadi perhatian dunia.

Seramai 211 penumpang dengan 18 orang anak kapal termasuk sembilan daripadanya warga Malaysia melalui mimpi buruk dalam perjalanan ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow, London menuju ke Lapangan Terbang Changi.

Ada bagaimana mereka terpaksa meniarap dan terpelanting di sekeliling kabin sehingga kepala berdarah.

Berikut kronologi kejadian yang dikongsikan laman sosial Facebook Mothership:

1-Pesawat Boeing 777-300 ER yang berusia 16 tahun menerbangkan seramai 229 orang termasuk 18 orang kru bertolak dari Lapangan Terbang Heathrow pada jam 10.38 malam (waktu tempatan).

2-Penerbangan berkenaan dijadualkan memakan masa selama 13 jam minit dan mendarat Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Baca juga: 8 tragedi helikopter terhempas pernah menggemparkan Malaysia

Baca juga: Luar biasa! Pesawat terhempas, ibu maut, 4 beradik bertahan hidup 40 hari di hutan Amazon jadi perhatian dunia

3-Selama 10 jam pertama, segalanya berjalan dengan lancar sebelum pesawat berkenaan kapal terbang mula condong ke atas dan bergegar.

4-Susulan perubahan berkenaan, salah seorang rakyat Malaysia yang berada dalam penerbangan berkenaan, Dzafran Azmir, 28, berkata beliau mula bersiap sedia untuk apa yang berlaku selepas itu.

5-Lelaki itu mula memakai tali pinggang keselamatan namun katanya, ramai lagi yang lain tidak memakainya.

6-Hanya beberapa saat selepas itu, SQ321 turun mendadak di udara.

7-Menurut penumpang, penurunan tersebut sangat dramatik. "Semua orang yang duduk dan tidak memakai tali pinggang keledar terpelanting terkena siling. Malah, ada yang terkena kabin bagasi sehingga kemek manakala objek terlempar di sekeling ," kata Dzafran kepada Reuters.

8-Menceritakan detik cemas bagaimana mereka terpaksa meniarap dan terpelanting di sekeliling kabin sehingga kepala berdarah.

Baca juga: Pesawat China dengan 132 penumpang terhempas, 10 fakta berkaitan

Baca juga: Kapal terbang terhempas, rupanya pemain kelab Palmas naik pesawat peribadi itu dalam tempoh kuarantin Covid-19

9-Gelora udara berkenaan yang berlaku 10 saat memberikan impak yan teruk. Menceritakan detik cemas bagaimana mereka terpaksa meniarap dan terpelanting di sekeliling kabin sehingga kepala berdarah.

10-Dzafran berkata kru dan penumpang yang berada di dalam tandas mengalami kecederaan parah. "Kami mendapati orang di atas lantai tidak dapat bangun. Ramai yang mengalami kecederaan tulang belakang dan kepala," katanya.

11-Sementara itu, seorang penumpang warga Britain, Andrew Davies berkata rata-rata penumpang SQ321 memberikan rawatan kecemasan kepada yang mengalami luka terbuka pada kepala dan telinga berdarah. "Ramai yang menjerit kesakitan. Salah seorang pramugari berkata tragedi berkenaan pertama kali berlaku sepanjang 30 tahun beliau bertugas.

12-Menerusi foto yang tular, kerosakan ruang dalaman pesawat sangat teruk.

Baca juga: Terhempas sekelip mata, hangus terbakar, berikut 5 tragedi pesawat menyayat hati

Baca juga: Ular 'terikut' dalam penerbangan, cetus situasi panik. Penumpang ‘imaginasi’ seperti filem Snakes On A Plane

13-SQ321 itu terpaksa dilencongkan dan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok pada jam 3.45 petang (waktu tempatan).

14-Seramai 53 orang penumpang dan seorang kru mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital.

15-Tujuh orang daripadanya dilaporkan cedera parah susulan parah di kepala.

16-Lelaki warga Britain, Geoffrey Kitchen, 73, meninggal dunia dan disyaki mengalami serangan jantung.

17-SIA melaporkan juruterbang SQ321 menghadapi gelora udara luar biasa secara tiba-tiba ketika berada di atas Lembangan Irrawaddy pada 37,000 kaki.

Baca juga: Perkara yang boleh dituntut jika ‘flight delay’, isu penerbangan bermasalah Air Asia mohon maaf

Baca juga: [VIDEO] Penerbangan ‘delay’, ingatkan cuaca buruk, rupa-rupanya ada orang panjat sayap pesawat

18-Selain 16 rakyat Malaysia, seramai 41 penumpang penerbangan malang itu dari Singapura, 56 dari Australia, 47 dari United Kingdom, 23 dari New Zealand, 5 dari Filipina, 4 dari Amerika Syarikat, 4 dari Ireland, 3 dari India.

19-Sepanyol, Myanmar, Kanada dan Indonesia masing-masing melibatkan dua penumpang manakala Jerman, Israel, Korea Selatan dan Iceland pula masing-masing seorang.

20-Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand mengesahkan sembilan rakyat Malaysia termasuk seorang kru terlibat dalam tragedi gelora udara itu.

21-Dalam kenyataan pada Rabu, katanya enam daripadanya dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin manakala tiga lagi di Hospital Samitivej Sukhumvit.

TIGA PERKARA PERLU DILAKUKAN PENUMPANG

Sementara itu, seorang bekas pekerja syarikat penerbangan, Syapik Hassan berkongsi tiga perkara yang perlu dilakukan sebelum penerbangan dan semasa berada di dalam pesawat.

Beliau yang memiliki 13 tahun pengalaman memuat naik tip keselamatan seperti berikut:

1- Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan walaupun lampu isyaratnya telah dimatikan. Malang itu tidak berbau, kejadian gelora udara dan air pocket boleh berlaku di luar jangkaan. Pakailah ia sepanjang masa dan hanya buka untuk bangun ke tandas atau solat sahaja. Jangan buka tanpa sebab.

2-Kosongkan perut dan pundi kencing sebelum terbang dalam penerbangan jarak jauh. Lakukan ia di lapangan terbang sebelum berlepas. Ia akan mengurangkan keperluan anda untuk ke tandas sekal dan bangun dari tempat duduk.

3-Dengar arahan daripada pramugara dan pramugari. Jika diarahkan supaya duduk, maka lakukan sahaja. Sekiranya dikatakan no hot water, minum sahaja air mineral.

"Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. Kru pun tentu trauma tu. Penumpang apatah lagi," kongsinya yang dimuat naik semula di laman X Malaysia Viralll.

Sumber: Mothership, X Malaysia Viralll, Berita RTM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang