SEORANG atlet China Zhu Xueying mendakwa pingat emasnya terkopek dan rosak.

Atlet gimnastik itu berkongsi gambar pingatnya yang rosak ke laman media sosial China, Sina Weibo.

“Biar saya jelaskan, saya tidak bermaksud mengopek pingat pada mulanya dan hanya melihat ada tanda kecil (seperti gambar) pada pingat saya.

“Saya fikir ia mungkin hanya kotoran, jadi saya menggosoknya dengan jari dan mendapati kekotoran masih di situ. Jadi saya menggosoknya dan tanda itu menjadi semakin besar,” tulis Xueying di laman sosial tersebut.

Menurut CBS Sports, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo mempertahankan kualiti pingat yang dengan mengatakan yang terkopek hanya lapisan pelindungnya dan bukan lapisan emas yang sebenar.

Lapisan tersebut difahamkan bertujuan untuk melindungi pingat daripada kekotoran dan calar dan ia tidak menjejaskan kualiti pingat.

Sekiranya Xueying memerlukan pingat ganti, beliau dikira beruntung.

Jawatankuasa Olimpik (OIC) menyimpan cetakan semua reka bentuk pingat dan menawarkan penggantian kepada pemenang Olimpik dengan bayaran.

Terdahulu, pingat emas yang dimiliki atlet sofbol Miu Goto, 20, telah digigit Datuk Bandar Nagoya, Takashi Kawamura dalam satu majlis pada 4 Ogos lalu. Beliau bagaimanapun mendapat pingat baru dengan kos yang ditanggung sepenuhnya OIC.

Baca juga Pemenang perak Olimpik jual pingat RM525,000 demi nyawa seorang bayi

Iklan

Baca juga Gara-Gara Pingat Emas Olimpik Digigit Datuk Bandar, Atlet Jepun Dapat Pingat Baru

Pembuat pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020, Japan Mint, difahamkan tidak pernah menerima aduan pingat emas terkopek setakat ini. Namun katanya, Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 mungkin membuka siasatan berkaitan isu itu.

Baru-baru ini, penganjur Olimpik Tokyo 2020 meminta para atlet berfikir dua kali untuk menggigit medal dimenangi.

Baca juga Patutlah Atlet Olimpik Tokyo 2020 Dilarang Gigit Pingat. Ini Sebabnya…

Iklan

Ini disebabkan semua pingat pada kejohanan kali ini diperbuat menggunakan bahan elektronik yang dikitar semula seperti telefon bimbit.

Difahamkan, kira-kira 78,985 tan peranti atau 6,21 juta telefon terpakai digunakan untuk menghasilkan pelbagai pingat.

Telefon yang telah dileraikan menghasilkan 32 kilogram (kg) emas, 3,500kg perak dan 2,200kg gangsa lalu dihasilkan 5,000 pingat untuk temasya sukan itu.

Sumber: CBS Sports