KOREA Utara antara negara yang mengamalkan dasar paling tertutup di dunia.

Semua hal mengenai republik tersebut adalah rahsia. Tak banyak yang didedahkan.

Hanya kisah pemimpin tertinggi dan pencapaian ketenteraan sahaja yang disiarkan melalui media tempatan dan terhad makluman di media antarabangsa.

Mesti ramai sedia maklum, kebebasan rakyat di sana sangat berbeza jika dibandingkan di Korea Selatan.

Totally sangat different!

Cara hidup rakyat Korea Utara lebih kepada rejim kuku besi dengan ideologi Juche, manakala jirannya pula mengamalkan sistem demokrasi.

Malah, banyak peraturan yang boleh dianggap keterlaluan sehingga sering dibahaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

korea utara

Seperti yang dihebahkan, ia telah melanggar hak asasi manusia.

Baru-baru ini, kecoh satu dunia apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun dihukum penjara gara-gara ibu bapanya memiliki buku agama.

 

Lapor India Times, banyak lagi undang-undang yang jika tak dipatuhi, memang ke penjaralah jawabnya.

Berikut antara peraturan ketat yang dipraktikkan di Korea Utara:

korea utara

1. Dilarang menonton filem dan mendengar lagu asing
Kesalahan mendengar lagu luar boleh dipenjarakan. Jika didapati bersalah memiliki tape atau CD filem, boleh dibunuh. Hanya tiga saluran kerajaan saja dibenarkan dan semuanya dikawal sepenuhnya.

korea utara

2. Tidak boleh buat panggilan antarabangsa
Bukan setakat panggilan antarabangsa, memiliki telefon juga menjadi satu kesalahan besar di sana. Boleh dihukum bunuh serta-merta.

Baca juga Perkahwinan Hyun Bin ‘direstui’ peminat seluruh dunia, berikut 5 lakonan ‘oppa Hyun Bin’ wajib tonton

korea utara

3. Boleh dihukum mati jika tak hormat ketua
Kesalahan hanya tertidur ketika perjumpaan bersama pemimpin negara, Kim Jong-un, nyawa tak kiralah orang kanan sekali pun boleh melayang sekelip mata.

korea utara

Iklan

4. Hukuman sampai tiga generasi
Kalau seorang buat salah, satu keluarga kena sekali. Bukan setakat ibu bapa, anak cucu sekali diheret masuk penjara.

Baca juga “Banyak perkara lain boleh dipelajari dari Korea Selatan, bukan hanya K-Pop sahaja” – Pesan Tun M kepada anak muda

korea utara

5. Stail rambut yang diluluskan kerajaan
Kalau pernah tonton drama K-drama, Crash Landing on You. Ada babak potong rambut di sebuah kedai. Hanya 18 gaya rambut yang dibenarkan saja untuk para wanita di sana.

korea utara

6. Kelulusan tinggal di bandar
Hanya mereka yang berjaya, berkuasa dan orang berpengaruh saja boleh tinggal di bandar besar khususnya di Pyongyang. Nak tinggal di sana kena ada kelulusan, bukannya boleh suka-suka pindah.

Memang pelik tetapan yang dibuat untuk rakyat negara tersebut. Boleh dikatakan semuanya ditentukan oleh kerajaan.

Iklan

korea utara

Setiap negara pastinya mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan rakyatnya termasuklah Malaysia.

Bersyukurlah kita kerana masih mampu bergerak bebas dan memiliki telefon pintar atau apa-apa kemudahan lain untuk keperluan peribadi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi