KERANA cinta dan sayang kepada pasangan apa sahaja sanggup lakukan. Walaupun perlu mengharungi perjalanan beribu batu.

Seumpama bait puitis lagu cinta, seorang lelaki Vietnam membuktikan kasih apabila cuba mendayung sejauh 2,000 kilometer (1,240 batu) dari Thailand ke India untuk berjumpa isterinya.

Lapor The Guardian, lelaki bernama Ho Hoang Hung, 37, telah ditahan selepas diselamatkan di luar pantai Thailand.

Percaya atau tidak, dia bertolak dari pulau percutian Phuket dengan perahu getah dan pendayung berbekalkan air dan mi segera.

Baca juga: Uniknya Fenomena Tanpa Bayang Di Tanjung Piai, Tanah Paling Selatan Benua Asia

Ho juga didapati tidak mempunyai sebarang sistem navigasi dan merancang untuk menyeberangi Teluk Bengal sebelum permulaan musim taufan.

Bot nelayan menemuinya pada Rabu berhampiran Kepulauan Similan, kira-kira 80 kilometer dari tanah besar Thai sebelum menghubungi unit keselamatan maritim tentera laut.

Menurut jurucakap Pusat Perintah Penguatkuasaan Maritim Thailand, Kapten Pichet Songtan, lelaki itu memberitahu telah cuba menghubungi isterinya yang bekerja di Mumbai.

Ho dan isterinya berkahwin dua tahun yang lalu bagaimanapun terpisah kerana sekatan perjalanan Covid-19.

Pichet berkata ketika ditemui pihaknya mendapati lelaki tu tidak memiliki peta, kompas, GPS atau pakaian ganti. Malah bekalan air juga terhad.

Ho pada mulanya terbang ke Bangkok. Bagaimananpun setelah sampai di Bangkok dia baru menyedari tanpa visa perjalanan ke India tidak boleh dilakukan.

Baca juga: Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu

Iklan

Jadi dia mengambil keputusan menggunakan perahu untuk ke sana. Ho menaiki bas ke Phuket di mana dia memperoleh bot getah berukuran 2.5 meter itu.

Selepas bertolak sekitar 5 Mac, Ho berdepan angin kencang. Lelaki itu hanya mampu mendayung pada jarak yang terhad dua minggu sebelum ditemui.

Pegawai Thai berkata Ho akan dibawa kembali ke Phuket untuk soal siasat lanjut.

Pihak maritim Thailand juga disahkan telah menghubungi kedutaan Vietnam serta kedutaan India.

Iklan

Bagaimana agaknya keadaan Ho mendayung seorang diri dan menghabiskan masa selama 18 malam di lautan? Semoga Ho dan isterinya dapat bersatu kembali.

Baca juga: Saksi lihat air sekitar bertukar merah, jurulatih menyelam maut diserang jerung sepanjang 13 kaki

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI