SEORANG jurulatih menyelam skuba Britain maut diserang jerung putih (Great White Shark) di sebuah pantai di Sydney ketika berlatih untuk renangan amal.

Simon Nellist, 35, diserang dari bawah oleh pemangsa sepanjang 13 kaki di Buchan Point berhampiran Little Bay kira-kira 150 meter dari pantai.

Baca juga: [VIDEO] Jarang dilihat manusia, jerung paling ganas di dunia, penuh parut, kesan gigit

Kejadian ngeri menimpa Nellist sempat dirakam turut pemancing yang berada di pantai itu.

Jerung tersebut dikatakan berukuran kira-kira dua kali ganda saiz tubuh Nellist itu menyerang secara menegak dari bawah sebelum mengheret mayat lelaki itu ke dasar lautan.

Sekujur tubuh manusia jelas kelihatan terapung pada permukaan air sebelum jerung itu kembali dan mengheret mangsa ke bawah semula.

Susulan serangan, air laut di sekitarnya bertukar merah. Sirip ikan pemangsa itu dilihat berpusing-pusing.

Baca juga: Muka dirobek, luka ternganga, berikut kronologi gelombang piranha di Amerika Selatan menyebabkan 4 terbunuh

Serangan itu mencetuskan panik di pantai yang dipenuhi berpuluh-puluh perenang, pendayung dan nelayan yang menyaksikan kejadian ngeri itu.

Bantuan kecemasan dipanggil kira-kira pada jam 4.35 petang.

Pada jam 6.00 petang, mayat dan cebisan pakaian selam Nellist ditemui di dalam air.

Mereka kemudian menjalankan ujian DNA sebagai pengesahan secara rasmi.

Susulan kejadian, pihak berkuasa difahamkan tidak bercadang untuk membunuh jerung itu sebaliknya akan mengusirnya dari kawasan pantai tanah besar.

Lebih menyayat hati, lelaki itu dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Jenny Ho pada minggu hadapan.

Iklan

Baca juga: Buaya Sepanjang 12 Kaki Disangka Patung Plastik, Lelaki Sempat Bergambar Sebelum Cedera Parah Dibaham

Terdahulu, lelaki itu pernah memuat naik status di Facebook mengatakan jaring jerung dan ‘drum line ‘ (alat kawalan jerung) tidak melindungi sesiapa pun dan membunuh semua jenis hidupan laut setiap tahun.

Kes serangan maut jerung di Australia terakhir berlaku pada tahun 1963 iaitu 59 tahun yang lalu.

Pelakon Australia, Marcia Hathaway, 32, dibaham ketika dalam perjalanan menaiki bot di Sugarloaf Bay di Middle Harbour.

Iklan

Baca juga: Arapaima, ikan air tawar terbesar di dunia ganggu ekosistem ikan tempatan, berikut 23 spesies ikan ‘alien’ lain

Dia diserang oleh jerung lembu (bull shark) hanya pada kedalaman air 30 inci  (kira-kira 70 sentimeter).

Kematian tragis aktres itu turut disaksikan tunang dan rakan-rakannya. Hathaway meninggal dunia kira-kira mati 20 minit selepas serangan.

Baca juga: Sotong besar dari manusia ditemui dalam pencarian bangkai kapal karam

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Daily Mail