Lelaki bingung, hantu 'menyamar' sebagai dirinya dan hantar kiriman teks kepada kekasih

A
A
A

SEORANG lelaki berdepan dengan kejadian pelik selepas pulang dari lokasi yang dipercayai berhantu.

Berdasarkan laporan Mirror.co.uk, individu yang enggan mendedahkan identitinya itu memberitahu, beliau telah pergi ke sebuah kawasan di York, England dengan kekasihnya.

Difahamkannya, kawasan tersebut merupakan bekas tapak sebuah pub usang.

 

Baca juga:Catat rekod dunia berlari sambil sorong 5 anak kembar usaha lelaki ini buat ramai kagum

Baca juga:450 pekerja ikea diancam bakal kehilangan kerja negara-negara lain bakal menyusul

 

"Ketika berada di sana, saya telah mengambil gambar di laluan koridor yang terus menuju ke tandas. Saya fikir tempat itu agak menyeramkan.

"Kemudian saya berfikir ada baiknya jika teman wanita saya turut dapat melihat, jadi saya hantarkan kepadanya pula.

Kod misteri yang diterima.

"Sekitar pukul 1.48 pagi keesokan hari, kami berdua mendapat kiriman mesej sama iaitu 'bolehkah menelefon semula?' (can you call back later?)," kata lelaki berusia 40 tahun itu.

Beliau yang terkejut dengan kejadian itu bagaimanapun percaya kiriman mesej berkenaan dihantar oleh 'penghuni' pub berkenaan.

"Mustahil untuk saya menghantar mesej itu kerana telah tidur. Kami berdua juga keliru dengan kejadian itu," tambah beliau.

Kiriman mesej misteri itu tidak hanya terhenti setakat di situ sahaja apabila lelaki berkenaan sekali lagi menerima kejutan daripada telefonnya.

Beliau antara lain telah menerima mesej yang mengatakan 'kami bersemangat tentang 4n 2 z 4nb' (we are inv 4n 2 z 4nb).

Tidak mengetahui apa yang dimaksudkan, beliau seterusnya membuat carian di internet dan menjumpai ia merupakan formula matematik ciptaan saintis Jerman, Armand Huckel.

Formula Huckel digunakan untuk pengiraan orbital molekul pada sistem elektron.

Perkara berkenaan membuatkan dirinya berada dalam keadaan buntu dan sukar untuk menjelaskan hal sebenarnya kecuali mempercayai bahawa ia dihantar oleh 'hantu'.

Sejujurnya perkara sebegitu sukar untuk dijelaskan dengan mata kasar. Mungkin ada persoalan masih belum terjawab oleh Huckel yang lahir pada tahun 1860 dan meninggal dunia pada 1927.

Seram bila baca benda-benda macam ini.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang