Lelaki catat rekod dijangkiti Covid-19 78 kali dalam 14 bulan

Lelaki catat rekod dijangkiti Covid-19 78 kali dalam 14 bulan
Lelaki catat rekod dijangkiti Covid-19 78 kali dalam 14 bulan
A
A
A

PELIK tapi benar! 78 kali dijangkiti Covid-19. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki Turki di Istanbul.

Kali pertama Muzaffer Kayasan, 56, dijangkiti Covid-19, dia menjangkakan akan menemui maut disebabkan oleh penyakit leukemia yang dihidapinya.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun selepas 14 bulan dan sebanyak 78 kali dijangkiti wabak maut itu, Kayasan masih bergelut dengan virus berkenaan dan masih dikuarantin di rumah secara berterusan.

Kayasan kini dipercayai pemegang rekod tertinggi pernah dijangkiti Covid-19.

Menurut pakar kesihatan yang pernah merawatnya, Kayasan berkemungkinan mempunyai sistem imun yang tinggi akibat barah yang dihidapinya.

Memetik laporan Reuters, kata Kayasan, walaupun beliau sering keluar masuk hospital sejak November 2020, semangatnya tidak pernah luntur untuk kembali sembuh agar dapat menghabiskan masa dengan cucu kesayangannya.

Baca juga Imuniti berkurangan, suntikan vaksin ke-4 satu 'keperluan' - CEO Pfizer

covid-19

"Mungkin virus ini adalah versi 'wanita', ia (virus) sungguh obses dengan saya," selorohnya.

Setelah dirawat di hospital selama sembilan bulan dan dikuarantin di rumah selama lima bulan lagi, Kayasan mengakui bahawa beliau cukup rindukan cucunya, Azra.

Kini, mereka hanya boleh berbual melalui pintu kaca di kediamannya apabila Azra datang melawat.

Sementara itu, menurut pakar perubatan, Dr Serap Simsek Yavuz, pesakitnya itu mempunyai rekod kes terpanjang dan kini sedang dipantau secara rapat untuk sebarang mutasi.

Baca juga Tidak mampu menolak lamaran, lelaki Congo kahwini isteri kembar tiga serentak raih perhatian dunia

"Kes pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 selama 441 hari bukan perkara biasa," kata pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi klinikal di Hospital Acibadem, Dr Cagri Buke.

Akibat dijangkiti berulang kali, Kayasan tidak menerima sebarang vaksin.

Itu disebabkan pemerintah tempatan hanya membenarkan pesakit Covid-19 yang sudah pulih untuk menerima suntikan vaksin.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber : Reuters, Mediacorp

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang