Meletus muntahkan abu, 11 nyawa pendaki maut, 10 fakta menggerunkan Gunung Merapi
BENCANA alam seperti letusan gunung berapi kerap berlaku di negara jiran, Indonesia yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban.
Gunung Merapi antara gunung berapi paling aktif di negara tersebut telah memuntahkan abu menyebabkan hujan abu di Boyolali dan Magelang, pada Jumaat.
Menurut pusat pemantauan gunung berapi negara (PVMBG), letusan abu itu berlaku sebanyak dua kali iaitu pada jam 7.27 malam dan 7.47 malam (waktu tempatan) yang mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung.
Malah ada media melaporkan Merapi telah memuntahkan abu 3,000 meter (9,800 kaki), iaitu lebih tinggi daripada gunung itu sendiri
Anggota penyelamat Indonesia melaporkan setakat ini 11 pendaki maut. Jurucakap Pasukan Mencari dan Menyelamat Tempatan, Jodi Haryawan pula memaklumkan, tiga lagi mangsa terselamat ditemui manakala 12 yang lain masih hilang.
Ketua pos pemantauan Merapi, Ahmad Rifandi memberitahu AFP lima letusan telah berlaku dari tengah malam hingga 8 pagi waktu tempatan.
Indonesia memiliki 13 peratus daripada jumlah gunung berapi di dunia yang mana 129 daripadanya berstatus aktif. Salah satunya ialah Merapi yang menduduki tangga teratas.
Baca juga: Terpisah 24 jam lari dari debu panas gunung berapi, isteri menangis lihat suami masih hidup
Baca juga:Gunung berapi lumpur meletus di Lahad Datu, 7 fakta berkaitan
Berikut 10 info berkaitan gunung yang memiliki pemandangan yang cantik ini:
1.Gunung ini terletak di Jawa Tengah, Indonesia. Ia dikategorikan sebagai paling aktif yang mana telah meletus sebanyak 69 kali semenjak 1548.
2.Kedudukan Marapi berdekatan dengan bandaraya Yogyakarta. Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan Desa Selo di Boyolali dan Desa Sawangan di Magelang turut terkesan akibat hujan abu itu.
3. International Association of Volcanology and Chemistry of the Earth's Interior menamakan Merapi sebagai Gunung Berapi Sedekad semenjak 1995 kerana sangat aktif.
4.Letusan kecil berlaku setiap dua atau tiga tahun manakala letusan yang lebih besar akan berlaku setiap 10 hingga 15 tahun sekali atau lebih.
5.Merapi telah menyaksikan banyak nyawa terkorban dalam letusannya pada tahun 1006, 1786 dan 1822. Paling dahsyat ialah pada 1872.
6.Pada tahun 1930, 13 buah kampung musnah dan 1,400 orang rakyat terbunuh oleh aliran batu berbutir halus atau piroklas.
7.Letusan besar berlaku pada tahun 1006 menyebabkan Pulau Jawa diliputi dengan abu.
8.Pada akhir 1994, hampir keseluruhan kubah gunung berkenaan runtuh dan menjana aliran piroklas yang sangat besar, bergerak beberapa kilometer dari puncak dan membunuh 43 orang.
9.Letusan pada 19 April 2006 menyaksikan asap dari kawah menjangkau ketinggian 400 meter. Pada awal Mei, Merapi mula aktif memuntahkah lahar hingga 17,000 penduduk diarahkan berpindah.
10.Pada 15 Mei tahun yang sama, Gunung Merapi meletup mengeluarkan gas panas, debu dan serpihan batu. Awan piroklas berkembang sehingga 4 kilometer (km) dan debu menutup tanaman dan bumbung rumah di Ketep, 10 km dari kaki gunung.
Baca juga: Letusan gergasi 1,000 tahun sekali gunung berapi Tonga beri impak hingga ke Alaska!
Walaupun kedengaran berbahaya, Merapi adalah salah satu destinasi pelancongan popular di Indonesia.
Masakan tidak, keindahan alam semula jadinya menakjubkan termasuk lerengnya yang menghijau. Antara keunikannya ialah letusannya itu sendiri!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus.
Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang