Muda-muda lagi dah bergelar billionaire. Ini senarai billionaire tahun 2023 buat ramai kagum

A
A
A

Muda-muda lagi dah bergelar billionaire. Ini senarai billionaire tahun 2023 buat ramai kagum

GOLONGAN jutawan biasanya dipelopori oleh mereka yang sudah berusia.

Secara realitinya, kalau mahu mengumpul harta kekayaan untuk mencapai status orang terkaya memerlukan masa yang panjang.

Buktinya, majalah Forbes menyenaraikan individu dengan harta yang banyak didominasi billionaire yang berumur 65 tahun.

Ia didahului oleh taikun dalam bidang insurans, George Joseph yang sudah pun berumur 101 tahun.

Pun demikian, usia bukanlah pengukur untuk mengumpul kekayaan yang besar.

Senarai billionaire dunia 2023 menyaksikan seramai 15 orang anak muda turut mempunyai kekayaan berjumlah 10 angka walaupun berusia bawah 30 tahun.

Jutawan SUMBER Tima Miroshnichenko daripada PEXELS.

Secara keseluruhan, 11 daripada anak muda tersebut mewarisi kekayaan daripada keluarga.

Hanya empat daripada mereka ialah usahawan yang mengumpul kekayaan sendiri.

Baca juga: Jual aksesori rambut, mainan raih lebih RM500,000 sebulan, jutawan muda 11 tahun ‘bersara’ awal tumpu pelajaran

Baca juga:Jutawan wanita sanggup makan makanan kucing dalam tin gara-gara berjimat 

Berikut dikongsikan lima individu yang tersenarai dalam senarai billionaire muda mengikut turutan usia:

jutawan1. Clemente Del Vecchio

Umur: 18 tahun

Kewarganegaraan: Itali

Sumber kekayaan: Syarikat cermin mata, Luxottica

Nilai kekayaan: USD3.5 bilion (RM16.3 bilion)

Clemente merupakan pewaris termuda dari keluarga Leonardo Del Vecchio selepas bapanya meninggal dunia pada Jun 2022.

Beliau memperoleh kekayaan daripada syarikat cermin mata mendiang bapanya, Luxottica.

Luxottica terkenal dengan jenama Sunglass Hut, Ray-Ban dan Oakley.

 

2. Kim Jung-youn

Umur: 19 tahun

Kewarganegaraan: Korea Selatan

Sumber kekayaan: Permainan video online

Nilai kekayaan: USD1.37 bilion (RM7.9 bilion)

Jung Youn mewarisi pegangan saham syarikat mendiang bapanya yang mengusahakan permainan video online, Nexon.

Sama seperti kakaknya, tidak banyak maklumat diperoleh tentang remaja tersebut termasuk peranannya dalam syarikat itu.

Forbes juga tidak mengetahui usianya secara tepat.

Baca juga: Anak nelayan bergelar jutawan, ini kisah Utari Octavianty yang bangunkan laman web dagangan ikan

jutawan

3. Kevin David Lehmann

Umur: 20 tahun

Kewarganegaraan: Jerman

Sumber kekayaan: Rangkaian kedai ubat atau farmasi

Nilai kekayaan: USD2.3 bilion (RM10.7 bilion)

Lehmann mewarisi 50 peratus saham dalam rangkaian kedai ubat terkemuka Jerman, DM-Drogerie Markt daripada bapanya sejak berumur 14 tahun.

Ia diuruskan oleh peramanahan (trusteeship) sehingga usianya 18 tahun.

Menurut laporan, Lehmann dan bapanya tidak terlibat dalam operasi syarikat gergasi yang memiliki pendapatan berjumlah USD14 bilion (RM64.95 bilion) tersebut.

4. Kim Jung-min

Umur: 21 tahun

Sumber kekayaan: Permainan video online

Nilai kekayaan: USD3.5 bilion (RM7.9 bilion)

Gadis ini adalah ialah kakak kepada Jung Youn.

Beliau mewarisi satu pertiga daripada aset keluarganya selepas bapa mereka, Kim Jung-ju meninggal dunia pada Februari 2022.

Kedua-dua beradik tersebut dilaporkan memperoleh masing-masing 15 peratus saham syarikat Nexon yang terkenal menghasilkan permainan popular seperti MapleStory dan Winds.

Baca juga:Sanggup lepaskan gaji lebih RM157,000 setahun, jutawan wanita ini buktikan hobi shopping boleh jadi kaya

5. Luca Del Vecchio

Umur: 21 tahun

Kewarganegaraan: Itali

Sumber kekayaan: Luxottica

Nilai kekayaan: USD3.5 bilion (RM16.3 bilion)

Luca merupakan seorang lagi anak mendiang Del Vecchio dan Sabrina Grossi.

Sama seperti adiknya, Clemente, beliau turut mewarisi saham bapa mereka yang merupakan bekas Ahli Lembaga dan Ketua Bahagia Perhubungan Pelabur Luxottica.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau mempunyai peranan dalam syarikat tersebut.

Sumber: Forbes dan South China Morning Post

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang