Mudahnya buat duit, wanita jual teks selamat malam, raih hampir RM20,000

A
A
A

TIDAK hanya menjual barangan, perkhidmatan juga boleh menjadi punca pendapatan.

Lebih-lebih lagi dengan kemudahan teknologi terkini, membolehkan kita berkomunikasi di alam maya.

Siapa pernah terfikir menawarkan perkhidmatan penghantaran teks selamat malam?

Seperti wanita Guangdong, China ini, Wong Biying, 35, meraih pendapatan hampir RM20,000 hanya dengan menjual teks tersebut.

Baca juga: Wanita terpaksa dibedah gara-gara batang calitan swab tersekat pada tekak

Dengan harga serendah 1 yuan (66 sen) mesej mesra dan ringkas sepanjang 200 aksara dihantar kepada para pelanggan.

Malah pelanggan juga boleh memesan teks yang sesuai dengan keadaan diri masing-masing.

"Jika pelanggan mempunyai permintaan khas, saya akan menulis mesej berdasarkan cerita mereka," katanya menerusi laman sosial Douyin.

Biying awalnya ingin membantu mereka di dalam hidup kesunyian. Namun nampaknya ia bertukar menjadi punca pendapatan.

Menurut South China Morning Post, bekas eksekutif syarikat e-dagang itu menjadi viral di China pada awal Mei selepas Internet mendapati dia telah memperoleh lebih 30,000 yuan (RM19, 619.12) dengan menjual teks selamat malam dengan harga 1 yuan (66 sen) bagi setiap mesej.

Biying mula memikirkan idea itu pada 2012 ketika bekerja di dan memutuskan untuk membuka kedai ‘online’ di Taobao.

Baca juga: “Jangan cium bayiku” - Wanita letak ‘notis’ pada dahi anak raih perhatian warga maya

Biying menderita insomnia berharap perkhidmatan teks selamat malam membantu insan lain yang senasib.

"Apabila pelanggan membuat pesanan, kebanyakannya akan menyertakan cerita mereka sendiri. Melaluinya, saya mendapat gambaran untuk mengarang teks selamat malam yang sesuai," katanya.

Biying menambah bahawa dia telah menerima permintaan luar biasa seperti peringatan kutipan hutang, kecaman untuk musuh dan individu yang cuba menjejaki bekas kekasih.

Wong memulakan perniagaan itu kerana merasakan dirinya terasing dan kesunyian hingga menyebabkan insomnia.

Kajian dilakukannya mendapati ramai orang lain mengalami masalah yang sama.

"Saya berpendapat apa salahnya kita menghubungkan orang yang tidak dikenali ini untuk saling bercerita antara satu sama lain.

 

“Kepercayaan orang yang tidak dikenali membuat saya meneruskan usaha ini, semoga sapaan kemesraan menyembuhkan saya,” tutur Biying.

Selama hampir 10 tahun beroperasi, dia telah menghantar 30,000 mesej dan pernah menghantar lebih 300 mesej dalam satu malam.

Perkhidmatannya itu telah mendapat ulasan baik. Bagaimanapun, dia juga telah dikritik mengaut keuntungan daripada mesej sepatutnya percuma.

Baca juga: [VIDEO]Luar usang, dalam ibarat kayangan, bangsal tular buat ramai kagum

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang