Neraka dalam talian! Kanak-kanak jadi mangsa seks, ugutan & satanisme. Sisi gelap Roblox yang ramai ibu bapa tak tahu

No Image Caption
A
A
A

TANGKAP waktu mereka masih kecil, senang nak control sampai bila-bila.”

Itulah kata-kata seram daripada manual gila yang digunakan oleh pedofil pemuja syaitan untuk perangkap budak perempuan secara online.

Memang tak masuk akal! Bukan saja menyasarkan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun, malah sindiket ini memeras ugut mereka tanpa belas kasihan.

Lapor The US Sun, kemunculan kultus pengganas 764 menjadi bualan hangat di media Barat gara-gara ideologi neo-Nazi yang menjijikkan dan ugutan seksual mengerikan.

No Image Caption

Hanya dengan umpan permainan dalam talian seperti Roblox, kumpulan pemangsa online paling bahaya itu licik memerangkap si kecil khususnya budak perempuan.

Kebanyakan mangsa terdiri mereka yang naif, mengalami masalah mental, gangguan makanan dan personaliti.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Lebih membimbangkan, mangsa perempuan cilik itu digroom sampai ke tahap mereka akhirnya menjadi pelaku sendiri.

Terdapat satu lagi kes, seorang budak perempuan berumur 12 tahun dipaksa mencacah nama pelaku pada tangannya sebelum disuruh membunuh ibunya.

No Image Caption

Disebabkan tekanan dan kecaman berterusan, mangsa kemudiannya cuba mengambil ubat berlebihan untuk membunuh diri.

Jika melihat taktik mereka, pemangsa akan menggunakan fungsi sembang dalam Roblox atau forum dalam talian.

No Image Caption

Platform tersebut menjadi tempat mereka membincangkan tentang mencederakan diri atau gangguan bipolar untuk mencari kanak-kanak yang digelar sebagai ‘submits’.

Kemudian, mereka akan memujuk mangsa untuk sertai aplikasi komunikasi percuma dan di situlah proses grooming sebenar bermula.

No Image Caption

Sindiket kejam itu akan menyamar dan 'lovebomb' mangsa, iaitu dengan menggunakan gambar palsu dan limpahan perhatian yang berlebihan supaya kelihatan seperti pasangan romantik yang sempurna.

Pemain kanak-kanak

Lagi mencemaskan, hampir separuh daripada pemain dikenal pasti berumur empat hingga 18 tahun yang aktif bermain Roblox sekali gus menjadi sasaran sempurna untuk pemangsa.

Merujuk Hindenburg Research, permainan dalam talian itu lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan kanak-kanak.

No Image Caption

Bahkan, Roblox digambarkan sebagai neraka pedofil yang bercirikan x-rated!

“Permainan itu penuh dengan pengguna yang cuba groom avatar sehingga memberi peluang kepada kumpulan menjual pornografi kanak-kanak, permainan seks yang mudah diakses, kandungan kekerasan dan sebagainya,” dakwa laporan itu.

No Image Caption

Bagaimanapun, Roblox pula dikatakan memperkenalkan 30 kemas kini keselamatan yang hadkan komunikasi kanak-kanak bawah 13 tahun dan mengharamkan kanak-kanak bawah sembilan tahun untuk akses konten moderate.

Tangkapan

Merujuk Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA), sekurang-kurangnya empat suspek sudah ditangkap di United Kingdom.

Agak mengejutkan bila kes tersebut meningkat enam kali ganda dalam tempoh dua tahun dengan jumlah keahlian mencecah ratusan orang.

Pada masa sama, lima remaja British sudah ditangkap atas kesalahan berkaitan termasuklah Cameron Finnigan yang berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama Acid.

No Image Caption

Hasil siasatan, remaja itu mengaku menggalakkan seorang budak perempuan warganegara Itali untuk live-stream saat dia mengakhiri hidupnya.

Artikel penuh: https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/kisah-masyarakat/henti-gurauan-guna-sticker-ini-gambar-lelaki-menangis-rupanya-ayah-hilang-5-anak-serentak-akibat-tsunami-tahun-2004

Apabila ditanya tentang perbuatan kejam itu, Cameron menjawab: “Satu-satunya hal yang saya risaukan adalah kalau dia betul-betul buat dan saya terkantoi.”

Remaja itu juga merancang untuk membunuh seorang lelaki gelandangan yang tinggal dalam khemah berhampiran rumahnya dan berikrar dirinya tak akan berhenti sampai lelaki itu mati.

No Image Caption

Polis juga menemui enam gambar dan satu video penyalahgunaan seks kanak-kanak kategori A dalam komputer milik Cameron.

Menurut Ketua NCA, Rob Richardson, motivasi kumpulan itu bukan saja tertumpu obses seksual kanak-kanak atau kewangan semata-mata, tapi lebih kepada meraih kemasyhuran dan kredibiliti dalam talian.

“Modus operandi mereka bukan saja kongsi video penderaan seksual kanak-kanak, bahkan memaksa mangsa untuk menyakiti diri sendiri atau orang lain.

“Pemujaan syaitan adalah salah satu cara mereka selain berkongsi ideologi ekstrem melampau untuk mencipta komuniti lelaki muda yang membenci wanita,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang