Penerima Hadiah Nobel, Malala Yousafzai selamat berkahwin, ketahui 10 fakta srikandi hebat ini

3
3
A
A
A

PEMENANG Hadiah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai yang pernah ditembak dalam memperjuangkan hak pendidikan kanak-kanak perempuan mengumumkan perkahwinannya.

Malala, 24, memilih pengurus pasukan kriket Pakistan, Asser Malik sebagai suami.

Majlis pernikahan srikandi itu yang berlangsung di Birmingham, England turut dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.

Baca juga: Tuah Daftar Vaksin, Pelajar Kini Jutawan, Menangi Wang RM3 Juta

Bagaimana wanita ini menerima pengiktirafan tinggi pada usia muda? Berikut SinarPlus kongsikan 10 fakta mengenai Malala.

1. Malala dilahirkan pada 12 Julai 1997.

2. Dia merupakan anak sulung kepada Ziauddin Yousafzai, penyair, pemilik sekolah dan seorang aktivis pendidikan.

3. Merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi Universiti Oxford.

4. Ketika berusia 11 tahun, Malala dibawa bapanya ke kelab akhbar tempatan di Peshawar untuk membantah penutupan sekolah. Ucapannya dihebahkan di seluruh Pakistan.

5. Malala ketika berusia 15 tahun pernah ditembak di kepala oleh Taliban ketika berada di dalam bas di Lembah Swat, Pakistan.

6. Selepas sembuh, Malala telah menulis buku memoir yang laris jualannya.

7. Malala dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2017, berkongsi dengan Kailash Satyarthi, pejuang hak kanak-kanak dari India.

8. Malala adalah penerima Hadiah Nobel Keamanan termuda dalam sejarah.

9. Malala memperjuangkan hak pendidikan untuk kanak-kanak perempuan menerusi Dana Malala, termasuk membiayainya di Afghanistan.

10. Selain itu, aktivis itu turut menjalin kerjasama dengan Apple TV+ dalam menghasilkan drama serta dokumentari yang menumpukan kepada hal ehwal wanita dan kanak-kanak.

Dalam pada itu. Malala dilihat berkongsi khabar bahagia pernikahannya di laman sosial Twitter.

“Hari ini merupakan hari yang paling berharga dalam hidup saya.

“Asser dan saya telah melangsungkan perkahwinan. Kami meraikannya pada majlis akad nikah yang kecil di rumah di Birmingham bersama-sama ahli keluarga.

“Mohon doakan kami. Kami teruja untuk bersama-sama dalam pengembaraan ini,” tulisnya.

Perkahwinan Malala mendapat liputan meluas media di seluruh dunia.

Dalam majlis tersebut, Malala tampil anggun memakai persalinan busana tradisional Pakistan berona merah jambu.

Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Baca juga: [VIDEO] Seram, Badan Lelaki Ditolak, Kaki Ditarik Diseret, Rakaman CCTV Gimnasium Dedah Pergerakan Aneh

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang