Penjenayah hampir maut selepas kereta curi yang dipandunya dirempuh kereta api. Ini yang berlaku

Untitled design
Untitled design
A
A
A

KATA tua-tua dahulu sering menasihatkan, berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat akan dibalas jahat.

Pepatah itu memang sesuai menggambarkan nasib seorang lelaki apabila dia terpaksa bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa sendiri sebelum 'melayang'.

Menurut laporan Huffpost.com, lelaki terbabit yang mengakui telah mencuri sebuah kereta telah melompat dari kenderaan tersebut sebelum ia dirempuh oleh sebuah kereta api di Port St. Lucie, Florida, Amerika Syarikat baru-batu.

 

Baca juga:Seram! Mangsa dirakam ketika mandi dan tidur penghendap jadikan loteng rumah sebagai tempat persembunyian

Baca juga:Ingatkan nak failkan cerai rupa rupanya suami belikan istana harga lebih 4 juta untung sungguh

 

Polis memberitahu, suspek mengaku telah mencuri kereta berkenaan selepas meninggalkan sebuah bar di Martin Count yang terletak 80 kilometer dari Pantai West Palm.

"Ketika kejadian berlaku, dia sedang melalui jalan berhampiran rel kereta api dan kemudian tersekat.

"Serentak dengan itu, kereta api tiba dan lelaki itu tiada pilihan, selain perlu melompat demi menyelamatkan dirinya," katanya.

Kejadian itu juga telah mengakibatkan satu bunyi dentuman kuat dan kereta yang remuk itu perlu dialihkan menggunakan trak angkat susun (forklift).

Tidak berasa menyesal dengan apa yang berlaku, lelaki itu kemudian berusaha untuk mencuri pula forklift itu.

Seperti melepaskan amarah, dia juga melakukan vandalisme di Pejabat Sheriff Martin County berdekatan.

"Lelaki berusia 38 tahun itu akan berdepan dengan tuduhan kecurian dan jenayah," jelas wakil pejabat sheriff.

Memang speechless sungguh baca cerita dari AS ini.

Selepas malang bertimpa-timpa, dia pun menggandakan jenayahnya. Orang seperti itu memang patut dihukum dengan hukuman yang sewajarnya!

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang