TEMASYA Sukan Olimpik Tokyo 2020 akhirnya melabuhkan tirainya semalam. Ia menjadi Olimpik yang paling mencabar untuk dilaksanakan selepas ditangguh setahun susulan penularan wabak Covid-19.

Acara sukan berprestij itu yang bermula pada 23 Julai lalu, telah berakhir menerusi majlis penutup gilang gemilang di Stadium Olimpik Tokyo semalam.

Pelbagai persembahan tradisional Jepun dipertontonkan dari warga Jepun kepada para atlet dan mereka yang menonton di seluruh dunia.

Namun yang paling menarik perhatian pastinya persembahan cahaya futuristik yang membentuk ‘Olympics Ring’ yang telah memukau penonton.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Baca juga Skuad Badminton ‘Berbisa,’ Penyumbang Pingat Paling Banyak Sukan Olimpik Buat Negara

Persembahan acara penutup tersebut meraih perhatian warga maya yang rata-rata yang terkesima melihat cahaya membentuk gegelang Olympics Ring.

Saat ramai yang tertanya-tanya bagaimana persembahan cahaya itu diadakan, seorang pengguna Twitter menjelaskan bahawa apa yang netizen lihat di TV tidak sama dengan apa yang dilihat atlet di stadium.

Pesembahan cahaya ‘Olympics Ring’ tersebut difahamkan hanya boleh dilihat oleh penonton menerusi televisyen sahaja dan ia dikatakan menggunakan teknologi Augmented Reality.

Iklan

Majlis penutupan tersebut juga menyaksikan secara rasminya penyerahan baton kepada Paris yang bakal menjadi tuan rumah dalam menganjurkan acara temasya Olimpik pada tahun 2024.

Iklan

Baca juga Patutlah Atlet Olimpik Tokyo 2020 Dilarang Gigit Pingat. Ini Sebabnya…

Di sebalik kebimbangan dan cabaran yang berlaku di negara matahari terbit itu, upacara penutupan disempurnakan dengan penuh bermakna.

Walaupun menempuhi cabaran pandemik Covid-19 dan penangguhan selama setahun, Malaysia mencatat kenangan manis dengan membawa pulang dua pingat iaitu perak menerusi Datuk Azizulhasni Awang bagi acara keirin lelaki.

Manakala pingat gangsa pula adalah menerusi Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerusi acara badminton beregu lelaki.

Semoga Malaysia terus unggul dengan prestasi lebih baik pada Sukan Olimpik Paris 2024 nanti. #SokongMalaysia