PERCUTIAN ke Poland yang dirancang lebih enam bulan hancur sekelip mata. Bukan sebab terlepas flight atau ditipu ejen pelancongan, tapi alasannya memang tak masuk akal.

Kisah pasangan kekasih dari Scotland menjadi bualan hangat di media sosial apabila plan berlibur tak menjadi seperti yang diimpikan gara-gara wang tukaran yang salah.

Lapor Mirror UK, Paris Kelly, 20, dan Marc Mcgeachy, 21, pada awalnya menukar duit simpanan berjumlah £400 (RM2,393.91) kepada mata wang Poland.

Sepatutnya mereka menerima wang pertukaran Zloty Poland bernilai zł2043.49, namun tanpa disedari duit tersebut tertukar kepada nilai Lira Turki iaitu hanya ₺2,000 (RM312.46) jer.

Poland

Ini bermakna, mereka kerugian kira-kira RM2,081.45!

Nak dijadikan cerita, semasa mereka menukar duit di sebuah kedai pertukaran mata wang asing di Glasgow, wang yang diterima tak diperiksa langsung gara-gara teruja mahu bercuti.

Jika merujuk kronologi cerita pasangan kekasih terbabit, duit tersebut hanya disimpan dalam beg dan mereka terus terbang ke Poland pada keesokan harinya.

Poland

Perjalanan ke Poland pada awalnya tiada masalah, namun apabila mahu dapatkan teksi untuk ke hotel, pemandu e-hailing tersebut enggan menerima wang yang diberikan.

Cerita Kelly, mereka panik apabila duit yang ada dalam tangan tak boleh digunakan dan buntu dengan apa yang terjadi.

Poland

“Sebenarnya, saya tidak pernah datang ke Poland dan tak tahu-menahu dengan rupa bentuk duit rasmi di sana.

“Jadi, saya beranggapan wang tukaran yang diterima sudah betul, tapi rupa-rupanya tak laku. Malah, tak sangka kami ‘tertipu’,” katanya.

Mahu tak mahu, Kelly dan kekasihnya terpaksa menggunakan duit tunai Pound Sterling untuk ke hotel.

 

“Ini memang satu mimpi ngeri. Bagaimana kami nak bercuti selama seminggu dengan tangan kosong? Memang betul-betul merosakkan mood percutian kami.

“Nasib baiklah pemandu teksi baik hati dan terima wang kami. Dia pun bantu untuk tukarkan duit Lira yang ada kepada Zloty buat sementara waktu,” ceritanya lagi.

TUNTUT SEMULA WANG

Tidak mahu terkandas dengan zero duit, Kelly kemudian menghubungi semula kedai pertukaran wang asing tersebut untuk menuntut keadilan.

Poland

Nasib baiklah pihak kedai menyedari kesilapan dan kemudian memindahkan baki yang terhutang ke akaun peribadi Mcgeachy.

Untuk menunggu wang dituntut bukanlah sekejap. Mereka terpaksa berlapar dari pagi sampailah ke petang sementara menerima wang yang dipindahkan.

Baca juga 6 negara dengan destinasi percutian hebat yang anda boleh kunjungi, lokasi nombor 3 murah & mesra bajet, serendah RM28 sehari

“Kami tiba di Poland jam 1 petang tanpa makan dan minum. Memang tak ada duit langsung nak beli makanan dan terpaksa tunggu dalam bilik hotel dengan hati runsing.

Poland

Iklan

“Memang tak boleh nak buat apa-apa. Tak sangka percutian yang dirancang selama enam bulan jadi begini. Macam kena prank yang teruk,” katanya.

Bagaimana kedai money changer tersebut boleh beri kerjasama dan bersetuju untuk pulangkan duit pada hari yang sama?

Premis tersebut rupa-rupanya kenalan keluarga dan mereka kerap menggunakan servis untuk bercuti ke luar negara termasuk destinasi terdahulu, Greece.

Poland

“Mereka merupakan kenalan nenek dan bila tahu saya mahu bercuti ke Poland, nenek minta tukar wang di sana kerana lebih dipercayai.

“Bila jadi begini, rasa percaya dan yakin hilang. Lebih-lebih lagi ia menjadikan permulaan percutian kami sangat sukar dan tak akan dilupakan sampai bila-bila,” kata Kelly.

Baca juga 7 negara amalkan peraturan pelik, poin nombor 3 memang tak masuk akal

Kadang-kadang, benda yang kita rancang dengan baik boleh jadi sebaliknya.

Iklan

Poland

Tak tahulah salah siapa, kan? Jadikan ia pedoman kita semua, setiap kali tukar duit ke mata wang asing, semaklah dulu sebelum pulang.

Mana tahu, nasib tak baik dapat duit negara lain. Lagi teruk, kita terkandas di tempat orang sehelai sepinggang. Minta dijauhkanlah ya!

Poland

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang