[15 FOTO] Perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Puteri Rajwa jadi tumpuan dunia

PERKAHWINAN diraja Putera Mahkota Jordan, Putera Al Hussein bin Abdullah II yang berlangsung di Istana Zahran di Amman, Jordan, menjadi tumpuan dunia.

Siapakah gerangan gadis bertuah yang menakluki hati pewaris tahta Jordan itu?

Putera Al Hussein mengahwini Puteri Rajwa, arkitek yang berusia 29 tahun.

Bakal bergelar Permaisuri, wanita kelahiran, Riyadh, Arab Saudi ini bukan wanita sembarangan.

Elegan, jelita dan bijak, demikian ungkapan yang sesuai buat si tinggi lampai itu.

Pada majlis ijab kabul, Puteri Rajwa memakai gaun putih dari Eli Saab. Apa yang menarik perhatian ialah wanita tinggi lampai itu memakai sepasang kasut bertumit rendah.

Baca juga: ‘Rajwa adalah jawapan sempurna kepada doa saya.’ Permaisuri Rania gembira & teruja bakal terima menantu perempuan

Kasut putih runcing itu dipakai semasa perarakan bertemu pengantin lelaki di taman Istana.

Putera Mahkota Hussein, 29, yang segak dengan seragam tentera hitam tersenyum apabila melihat Puteri Rajwa.

Baca juga: ‘Rajwa adalah jawapan sempurna kepada doa saya.’ Permaisuri Rania gembira & teruja bakal terima menantu perempuan

Gaya sut itu diilhamkan daripada sut yang dipakai ayahanda Putera Al Hussein, Raja Abdullah, ketika mengahwini bonda baginda, Permaisuri Rania pada tahun 1993.

Selesai ijab kabul, pasangan pengantin baru kemudian bersalaman dengan tetamu sebelum menaiki Red Motorcade ke majlis resepsi mereka di Istana Al Husseiniya.

Tidak lama selepas perkhidmatan itu, melalui titah diraja, Mahkamah Diraja Hashemite mengumumkan bahawa Rajwa secara rasminya seorang puteri.

“Titah Diraja telah dikeluarkan untuk mengurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Puteri Rajwa Al Hussein kepada Cik Rajwa Khalid Alseif, sempena perkahwinannya dengan Putera Mahkota Al Hussein Jordan,” kata kenyataan itu.

Puteri Rajwa yang turut menawan hati Putera Mahkota Jordan? Berikut empat fakta mengenainya.

Iklan

Baca juga: Cantik persis ibu, warganet teruja kejelitaan anak Permaisuri Selangor, 22 tahun raih sarjana universiti ternama UK

 

1-ANAK HARTAWAN
Puteri Rajwa merupakan anak kepada Khalid bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz Al Saif dan Azza binti Nayef Abdulaziz Ahmed Al Sudairi. Menurut South China Morning Post, bapa Rajwa ialah CEO Kumpulan Al Saif iaitu sebuah syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pembinaan dan keselamatan.

Baca juga: Beauty with brain-Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

Iklan

2-MENDALAMI BIDANG SENI BINA
Selepas menamatkan sekolah menengah di Arab Saudi, Puteri Rajwa berpindah ke New York dan melanjutkan pelajaran di dalam bidang seni bina di Syracuse University’s College of Architecture.

3-GRADUAN KOMUNIKASI VISUAL
Puteri Rajwa turut memegang ijazah dalam komunikasi visual daripada Fashion Institute of Design and Merchandising di Los Angeles, Amerika Syarikat dan pernah bekerja di firma seni bina di sana sebelum berkhidmat di studio reka bentuk Designlab Experience di Riyadh.

4-ANAK BONGSU
Dilahirkan pada 28 April 1994, Puteri Rajwa merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Sumber: People,

Foto: Queen Rania, Jordan TV

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.