Dunia digital juga bukan lagi menjadi medan perkongsian gambar atau sisi peribadi masing-masing, tetapi ia juga mampu untuk menjana pendapatan.

Begitulah yang berlaku kepada remaja berusia 17 tahun yang kehidupannya berubah dalam sekelip mata.

 

Baca juga: Bukan RM10000 atau RM1000gara-gara RM1.14 wanita ini dibunuh kejam suami sendiri

Baca juga: Pamer gaya hidup mewah di laman sosial aset bernilai RM18.7 juta milik influencer dirampas

 

Sepanjang tempoh pandemik akibat penularan virus Covid-19, Issey Moloney banyak berkongsi video mengenai pandangannya terhadap persekitaran semasa.

Issey Moloney memiliki 3 juta pengikut di TikTok.

Awalnya, akaun TikTok Moloney hanya dipenuhi dengan kenalan rapat, namun kini beliau sudah lebih tiga juga pengikut media sosial tersebut.

“Apabila semakin ramai yang mula mengikuti, saya perlu lebih kreatif dan kerap memuat naik video. Jadi, perkara itu secara tidak langsung telah mengubah kehidupan saya.

“Saya kini agak kurang menghabiskan masa dengan rakan-rakan seperti kebanyakan remaja lain,” katanya yang dipetik daripada media antarabangsa, Mirror.co.uk.

Remaja kelahiran England, United Kingdom itu memberitahu dirinya turut menerima kecaman.

“Mereka mengkritik saya bukan kerana melakukan kesalahan, tetapi ia lebih kepada melihat usia saya yang muda membuatkan mereka boleh berkata apa sahaja.

“Kesilapan saya pula adalah kerap membalas komen negatif mereka. Sekiranya mereka mengatakan video saya tidak menarik atau bosan, saya akan cakap abaikan sahaja atau jangan menontonnya,” luah beliau.

Susulan daripada usaha kerasnya, Moloney kini mampu menjana pendapatan dengan kerjasama produk dan bergantung 100 peratus kepada wangnya sendiri.

Iklan

Beliau kini memiliki kehidupan mewah dan menetap di sebuah rumah jenis emper atau penthouse di London.

Dianggarkan harga sebuah penthouse di bandar tersebut sekitar lingkungan RM3.7 juta (£665,000) sehingga RM8.3juta (£1.5juta).

Hmmm…banyak sungguh wang yang Moloney peroleh. Bukan setakat rumah, macam-macam beliau boleh beli.

Rasanya, tak perlu belajar tinggi untuk kejar cita-cita.

Iklan

Kalau kerja pun, pendapatan tak seberapa. Mungkin remaja itu berterus dengan media sosialnya kot, tetapi kenalah lebih kreatif kerana pesaing di luar sana memang ramai.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI