'Posting' kemenangan Messi di Instagram terima 'like' paling banyak, kalahkan telur
![Untitled design (2)](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/SM3mO6ih-Untitled-design-2.jpg)
![ig1](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/ig1.jpg)
![ig2](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/ig2.jpg)
![ig3](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/ig3.jpg)
![ig4 sebenar](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/ig4-sebenar.jpg)
![ig5 sebenar](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/ig5-sebenar.jpg)
![ig6 sebenar](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/ig6-sebenar.jpg)
![ig7](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/ig7.jpg)
![ig8](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/ig8.jpg)
![ig9](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/ig9.jpg)
![ig10](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2022/12/ig10.jpg)
KEMENANGAN pasukan Argentina pada Piala Dunia 2022 baru-baru ini. Lionel Messi yang diibaratkan 'nadi' pasukan itu menjadi lubuk gol dan pencetus kemenangan.
Bersaksikan 88,966 penonton di Stadium Lusail, Qatar, Argentina dinobatkan juara apabila merakamkan kemenangan 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 setelah tamat masa tambahan.
Meraih mata kemenangan momen manis kejayaan yang paling epik, pemenang Bola Emas mengabadikan foto ikonik menjulang dan mencuim trofi kejohanan berprestij itu di laman sosial Instagram.
Setakat artikel ini ditulis, jumlah tanda suka dicatat melebihi 67 juta!
"Juara dunia!!!!!!!"
"Terima kasih banyak kepada keluarga saya, kepada semua orang yang menyokong saya dan kepada semua orang yang percaya kepada kami. Kami menunjukkan sekali lagi dengan bersatu dan berjuang bersama, Argentina boleh mencapai sasaran," titip beliau pada ruangan kapsyen foto yang dimuat naik.
Baca juga: Pasukan Argentina mara ke final Piala Dunia 2022, 10 fakta wanita perlu tahu
Sky Sports melaporkan jumlah tanda suka tersebut adalah paling banyak di Instagram ketika ini sekali gus memecah rekod di Instagram.
Jumlah 'like' yang diterima pada hantara Messi telah mengalahkan gambar telur yang dimuat naik oleh akaun @world_record_egg. Foto telur berkenaan kini mempunyai 57,644,087 juta tanda suka.
View this post on Instagram
Baca juga: Cristiano Ronaldo, manusia pertama miliki 303 juta followers Instagram
Berikut adalah senarai 10 hantaran Instagram yang meraih like paling banyak setakat ini. Paling menarik, lima daripadanya adalah milik Messi:
1.Foto paling epik, legenda bola sepak Messi menjulang trofi Piala Dunia.
2. Foto sebiji telur. Akaun Instagram @world_record_egg memulakan kempen pada 5 Januari 2019 untuk mencipta rekod dunia hantaran paling disukai di Instagram
3. Hantaran Instagram Ronaldo yang memaparkan beliau dan Messi bermain catur untuk kempen pengiklanan Louis Vuitton.
5. Ronaldo dan pasangannya mengumumkan kehamilan anak kembar.
6. Hantaran Instagram Messi yang menunjukakn beliau dan Ronaldo bermain catur bagi kempen pengiklanan Louis Vuitton.
7. Hantaran Instagram Cristiano Ronaldo meninggalkan padang selepas Portugal tewas menentang Maghribi dan tersingkir daripada Piala Dunia.
8. Catatan Instagram terakhir penyanyi rap XXXTentacion sebelum kematiannya pada Jun 2018.
9. Messi meraikan kemenangan menentang Croatia dalam Piala Dunia 2022.
10. Penyanyi Ariana Grande berkahwin dengan Dalton Gomez.
Sumber: CNN Indonesia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang