LAUTAN yang terbentang merupakan antara ciptaan YANG MAHA ESA paling agung.

Melihat kepelbagaian habitat hidupan laut ditambah warnanya yang cukup menawan, pasti akan membuatkan sesiapa terpesona.

Disebabkan minat yang mendalam dengan dunia marin, seorang profesor dari Universiti Florida Selatan, Amerika Syarikat memilih untuk tinggal di bawah air! Biar betul?

Lapor The Guardian, Joseph Dituri telah mencipta rekod baharu tinggal paling lama di bawah air tanpa tekanan ketika menjalankan penyelidikan di dasar laut baru-baru ini.

Lelaki terbabit memperoleh pencapaian tersebut dengan tinggal di sebuah rumah persinggahan untuk penyelam skuba, Jules Undersea Lodge di Florida Keys.

Beliau menghuni selama 74 hari disana selepas memulakan misi ‘peliknya’ pada 1 Mac lalu.

Jules Undersea Lodge difahamkan terletak pada kedalaman kira-kira sembilan meter di dasar laut.

Baca juga: Celine Dion batal konsert jelajah dunia

HIDUPAN LAUT
SUMBER Tom Fisk daripada PEXELS.

Tidak seperti kapal selam, penginapan tersebut tidak dilengkapi teknologi untuk menyesuaikan diri dengan peningkatan tekanan bawah air.

Dalam durasi yang cukup lama itu, Dituri telah mengendalikan kelas-kelas online yang disertai oleh 2,500 orang pelajar dan menyiarkan wawancara dari studio digitalnya di bawah laut!

MAKAN TAK?

Dah duduk dalam air, beliau makan atau tak? Itu persoalan yang bermain dalam benak orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Jawapannya, Dituri yang turut dikenali sebagai Dr Deep Sea mengamalkan makanan berprotein tinggi iaitu telur dan salmon yang dimasak dalam ketuhar gelombang mikro.

Beliau juga melakukan senaman setiap hari dan tidur selama sejam.

Lelaki itu juga berjaya memecahkan rekod dipegang oleh dua profesor dari Tennessee, Bruce Cantrell dan Jessica Fain pada tahun 2014.

HIDUPAN LAUT
SUMBER Tom Fisk daripada PEXELS.

Ketika itu, Cantrell dan Fain mencatatkan rekod berada di bawah air selama 73 hari, dua jam dan 34 minit.

Tidak berpuas hati dengan pencapaian tersebut,  Dituri berkata, beliau merancang untuk tinggal di Jules Undersea Lodge hingga 9 Jun depan bagi melengkapkan Projek Neptune 100 iaitu misi 100 hari berada bawah air.

Iklan

Baca juga: Kembar wanita unik, berbeza tinggi lebih 2 kaki cipta rekod dunia

Baca juga:Wanita tertinggi dunia terpaksa berbaring dalam kapal terbang, turut pegang 3 rekod dunia

Katanya, misi itu menggabungkan penyelidikan perubatan dan lautan bersama dengan jangkauan pendidikan yang dianjurkan oleh pemilik habitat tersebut, Yayasan Pembangunan Sumber Marin.           

“Rekod ini adalah lonjakan kecil dan saya sangat menghargainya.

“Saya berbesar hati untuk memilikinya, namun masih mempunyai banyak lagi kajian untuk dilakukan,” katanya yang memegang Ijazah Kedoktoran dalam Kejuruteraan Bioperubatan.

PULAU
SUMBER Asad Photo Maldives daripada PEXELS.

Meskipun suka hidup di bawah lautan, namun terdapat kehidupan asal yang sangat dirinduinya.

Iklan

“Saya rindukan matahari. Matahari menjadi faktor utama dalam hidup saya. Saya biasanya pergi ke gim pada pukul 5 pagi dan kembali semula untuk melihat matahari terbit,” ujarnya.

Apa yang dilakukan Dituri itu memang hebat. Kalau dah suka, memang kita akan cuba sebaik mungkin.

Namun, satu nasihat SinarPlus, lakukan sesuatu biarlah berpada-pada dan tidak menimbulkan keresahan orang ramai lebih-lebih lagi orang yang terdekat dengan kita.

Jangan pelik-pelik sangat, ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!