SASAR miliki 100 anak, seorang lelaki Uganda bertindak mengahwini tujuh kekasihnya secara serentak minggu lalu dan bertekad untuk memiliki anak ramai.

Kisah perkahwinannya tular di media sosial. Selain mengundang reaksi negatif warga maya, ramai juga yang kagum dengan kehebatan lelaki itu apabila berjaya memikat sekali gus memikat hati wanita berkenaan untuk dijadikan isteri.

Habib Nsikonnene, 43, yang merupakan seorang pengamal perubatan tradisional popular, mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran di Uganda Ahad lalu.

Nsikonnene bagaimanapun mengaku bahawa dia bercadang untuk mempunyai lebih ramai isteri supaya boleh mencapai sasaran mempunyai 100 orang anak.

“Dalam keluarga saya, bilangan kami sangat sedikit, jadi saya mahu mempunyai ramai anak supaya dapat membina keluarga yang besar,” katanya.

Baca juga Kejamnya, wanita dibunuh, mayat dibuang ke tangki najis. Ini kronologi kes menakutkan

Kredit foto: The Sun

Perarakan perkahwinan mereka disertai lebih 40 kereta dan 30 motosikal ke majlis perkahwinan yang diadakan di kampung Namasengere, daerah Kamulli.

Nama tujuh pengantin didedahkan kepada umum. Mereka adalah Aisha, Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.

Difahamkan, semua dinikahkan dalam tempoh satu hari dalam majlis yang berlangsung pada 10 September lalu.

Baca juga Jane Dipika Garrett cipta sejarah Miss Universe, wanita plus size dinobat ratu cantik Nepal

Kredit foto: The Sun

Habib berkata, beliau mengenali semua isterinya secara berasingan dan memutuskan untuk berkahwin dengan mereka sekali gus untuk membentuk keluarga besar.

Iklan

Bapa kepada Habib mendedahkan ramai lelaki di Uganda memiliki ramai isteri.

Selain Habib, datuknya juga mempunyai isteri ramai iaitu seramai enam orang, manakala bapanya pula pernah mengahwini lima wanita.

Sumber: The Sun, Daily Monitor, Agensi

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!