TERSEDU adakalanya membuatkan kita tidak selesa. Akan tetapi, tahukah anda sedu adalah gejala semula jadi apabila badan memberi tindak balas untuk mengeluarkan gas yang terkumpul dalam perut?

Menurut medicine.net, gejala sedu biasanya disebabkan pengambilan makanan pedas atau masam secara mengejut. Makan terlalu pantas juga boleh mengundang sedu.

Namun, sedu biasanya berlaku dalam tempoh pendek. Tetapi jika disebabkan komplikasi ubat, ia boleh berlangsung dalam tempoh yang lama.

Sedu yang berlarutan tanpa henti boleh menyebabkan kita rasa penat dan tidak selesa.

Baca juga: Hospital Tunku Azizah berjaya pisahkan kembar Siam pramatang pertama di Malaysia

Seperti seorang lelaki mengalami sedu selama empat bulan menyebabkan dia sukar untuk makan dan tidur.

Menurut Daily Mail, doktor percaya sedu yang dialami lelaki di India itu dicetuskan oleh tumor atau ketumbuhan otak.

Lelaki berusia awal 30-an di Rishikesh, Utara India itu awalnya menyifatkan keadaan dialaminya satu misteri sehinggalah dia mendapatkan rawatan perubatan selepas mengalami sakit kepala selama lebih dua minggu serta muntah tiga kali sehari.

Doktor juga mendapati kesihatan lelaki itu mula merosot empat bulan selepas mengalami sedu yang berterusan.

Imbasan otak yang dijalankan untuk mengetahui tahap ‘penyakit misteri’ yang dialami akhirnya membongkar penemuan sejenis tumor otak yang sangat agresif dan sukar dirawat, dikenali sebagai “Diffuse Intrinsic Pontine Glioma.

Imbasan MRI mendapati kewujudan tumor.

Menerusi jurnal BMJ Case Reports, sedu lelaki itu mula reda selepas dia memulakan rawatan untuk kansernya.

RAWATAN

Lelaki itu menjalani pembedahan untuk menurunkan tekanan di dalam tengkorak yang disebabkan oleh pengumpulan cecair di dalam otak.

Selepas lapan hari dibedah, dia menjalani rawatan radioterapi selama enam minggu.

Menurut Daily Mail, pakar berpendapat tumor itu menjejaskan bahagian otak yang bertanggungjawab mengawal saraf dan otot yang mencetuskan tindak balas sedu.

Iklan

“Sedu pesakit mula pulih selepas memulakan radioterapi. Selepas sebulan radioterapi, sedu dialaminya berkurangan dengan ketara,” kata Dr Nagasubramanyam Vempalli dari All India Institute of Medical Sciences (AIIMS).

Baca juga: Hati-hati pengambilan kicap, berisiko kanser. Ketahui cara prosesnya

Laporan kes tidak menyatakan dengan tepat tarikh kes itu berlaku. Bagaimanapun, difahamkan pesakit berkenaan akhirnya meninggal dunia manakala punca kematian tidak dapat dipastikan sama ada berpunca daripada ketumbuhan itu.

Dr Vempalli menambah kes itu menunjukkan betapa pentingnya doktor mengenal pasti punca sedu berterusan tepat pada masanya untuk memastikan pesakit tidak mengalami komplikasi lanjut.

Iklan

National Health Service UK menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sedu tanpa henti selama lebih 48 jam.

Baca juga: Asyik makan ubat bila sakit? Ingat! Jangan sampai merosakkan buah pinggang. Ini penjelasannya

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI