SELEWENG dana untuk kanak-kanak miskin, isteri bekas Presiden Honduras, Rosa Bonilla dihukum penjara 14 tahun.

Hukuman itu dijatuhkan oleh sebuah mahkamah semalam, selepas didapati bersalah menipu dan menyeleweng dana untuk kanak-kanak miskin bernilai AS$12.2 juta (RM55.7 juta), kata jurucakap kehakiman.

Kata jurucakap Mahkamah Agung, Carlos Silva, bekas wanita pertama, Rosa Elena Bonilla dihukum penjara 14 tahun sebulan atas jenayah penipuan dan menyeleweng dana awam untuk program sosial.

Memetik laporan media tempatan, berikut enam fakta berkaitan kes;

1. Menurut Kementerian Awam, isteri bekas presiden Porfirio Lobo itu membelanjakan dana bagi membantu kanak-kanak miskin untuk membayar kad kredit, yuran sekolah anak-anaknya dan pembinaan hartanah.

2. Peguamnya, Juan Berganza berkata, beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Baca juga Ibu Tangmo gugurkan semua pertuduhan bunuh, terima pampasan dan barang kemas

dipenjara

3. Bonilla sebelum ini dihukum penjara 58 tahun dalam perbicaraan terdahulu, tetapi dibatalkan Mahkamah Agung pada awal 2020 atas alasan tidak konsisten.

Iklan

4. Mahkamah Agung mengarahkan perbicaraan semula di mahkamah rendah, yang kemudiannya mendapati Bonilla bersalah pada Mac lalu.

Baca juga Ibu kejam tergamak racun dua anak, seorang maut demi tagih sumbangan di media sosial

5. Lobo dilantik sebagai presiden pada 2009, selepas rampasan kuasa tentera yang menggulingkan kerajaan pimpinan presiden ketika itu, Manuel Zelaya. Lobo berkuasa hingga 2014.

Iklan

6. Seorang anak lelaki pasangan itu, Fabio Lobo, dihukum penjara 24 tahun oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat pada 2017, selepas mengaku bersalah berkonspirasi menyeludup kokain ke negara itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.