Suami lahir 1970, isteri 2004, wanita mohon petunjuk sebelum kahwin kenalan ayah berbeza usia 34 tahun
KISAH suami isteri di Bekasi, wilayah Jawa Barat, Indonesia ini menjadi tular gara-gara berbeza usia 34 tahun.
Diijab kabul pada 1 Julai lalu, kisah pasangan berbeza usia ini pada mulanya viral menerusi laman sosial TikTok.
Kedua-duanya memakai pakaian pengantin serba putih dan memegang buku pernikahan.
Ternyata cinta tak mengenal usia. Pasangan Pebriyanti Hardiansyah, 19, dan Nurhadi, 53, menerima pelbagai komen daripada warga maya.
Pebriyanti membalas pelbagai komen netizen mengenai hubungannya dengan suaminya yang lahir pada tahun 1970.
"Jangan malu jika dikurniakan jodoh berbeza usia. Asalkan dia sayang, bertanggungjawab dan boleh membawa kita ke syurga ALLAH.
"Dunia ini sementara tetapi akhirat selamanya,” ujarnya.
Wanita ini berkongsi perkenalan dengan suaminya. Kata Pebriyanti, kali pertama mengenali Nurhadi ialah semasa masih di tadika atau sekitar usia lima hingga tahun. Ketika itu Nurhadi menjadi kawan baik ayahnya.
"Dan ketika itulah Abi (Nurhadi) datang ke rumah bersama isteri. Sebelum ini Abi adalah kawan baik ayah saya dan datang menziarahi di rumah," kenang Pebriyanti.
Hubungan baik antara dua keluarga terhenti seketika apabila kedua-dua keluarga terpisah. Bertahun-tahun lamanya bapa Pebriyanti dan Nurhadi tidak bersua.
Baca juga: Beza usia 62 tahun, lelaki 90 tahun kahwini bekas kakak ipar 28 tahun
"Terputus hubungan bertahun-tahun sehingga saya akhirnya berusia 19 tahun.
"Baru-baru ini saya tidak tahu mengapa ayah benar-benar ingin berjalan dan bertemu rakan-rakan. Dengan kegigihan, ayah berjaya menghubungi semula kawan-kawan lamanya.
"Dia terus bertanyakan alamat rumah suami kepada orang ramai," ujarnya.
Apabila Pebriyanti bersama keluarganya ke rumah Nurhadi, mereka mendapat berita sedih bahawa isteri lelaki itu telah meninggal dunia.
Jelas Pebriyanti, ketika pertemuan itu Nurhadi bergurau tentang perubahan dirinya kini yang semakin dewasa.
"Saya seorang yang berpewatakan periang dan gembira. Bercakap tentang sajian seblak membuatkan kami selesa," katanya.
Baca juga: Beza umur 34 tahun, suami disangka cucu, Rokiah bahagia di samping jodoh 27 tahun
Tidak lama selepas itu, Pebriyanti dan Nurhadi saling berhubung menerusi aplikasi WhatsApp. Masing-masing sekadar mengambil berat antara satu sama lain dan memberikan sokongan.
“Sehingga akhirnya pada 1 Mei 2023, Abi datang ke rumah meminang dan saya dikhabarkan untuk menentukan tarikh perkahwinan iaitu 1 Julai 2023,” katanya.
Wanita ini mengakui cair dengan sifat Nurhadi yang penyayang. Lelaki berstatus duda itu melayaninya dengan baik dan lembut.
"Tentang perasaan yang saya sendiri merasakan kasih sayang yang begitu mendalam. Saya melihat dirinya sebagai figura bapa, kekasih dan sahabat," katanya.
Anak kedua daripada tiga adik beradik itu enggan membuat keputusan yang salah dan terburu-buru dalam menentukan masa depan.
Justeru, dia melakukan solat pada satu pertiga malam meminta petunjuk daripada ALLAH.
Baca juga: Lima tahun beza usia, bekas pelajar kini bergelar suami kepada guru sendiri
"Saya percaya kepada power of doa. Saya meminta dipanjangkan umur dan dikurnia kesihatan yang baik.
Selepas dipinang, saya tidak terus menerimanya tetapi mencari jawapan melalui langit pada satu pertiga malam. ALLAH memberikan jawapannya. Ya, itulah jodoh saya," jelas
Pebri berkata Nurhadi seorang yang rajin, bertanggungjawab, kuat bekerja dan sentiasa bersemangat.Dia yakin Nurhadi adalah anugerah jodoh daripada ALLAH SWT untuk membimbingnya menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.
Pun begitu, perjalanan mereka untuk meyakinkan orang sekeliling dan membina rumah tangga tidak mudah.
Ia termasuk menghadapi tentangan daripada bapanya sendiri, Hardiansyah. Namun segala halangan dihadapi dengan tenang.
"Hanya ibu yang menyokong. Ayah menentang keputusan untuk berkahwin.
“Dengan kesabaran dan keikhlasan, ALLAH kurniakan kebahagiaan yang tidak terduga. Seiring masa berlalu, ayah akhirnya turut memberi restu.
"Namun ayah pulang ke rahmatullah tujuh hari selepas majlis akad nikah," katanya sayu.
Pebriyanti dan Nurhadi melangsungkan pernikahan di Bandung pada 1 Julai 2023. Perkahwinan diadakan di kediaman pengantin perempuan di Pondok Pesantren Nurul Falah Cililin.
Majlis diadakan dengan adat Sunda berlangsung meriah. Pebriyanti turut berkongsi foto praperkahwinan, akad nikah dan berbulan madu.
Pasangan bahagia itu kini menetap di Bintara Jaya, Bekasi Barat.
Hantaran video perkahwinan Pebriyanti dan Nurhadi di laman sosial TikTok menerima 4.6 juta tontonan.
Warganet tidak percaya jurang usia pasangan itu ialah 34 tahun memandangkan kedua-duanya tampak secocok.
Malah mereka turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina bahagia selama-lamanya.
Baca juga: 7 tip bujang cari jodoh Dr Fadzilah Kamsah, pilihlah yang lihat waktu terburuk kita, tidak malas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang